Pemahaman guru Pendidikan Islam mengenai perlakuan buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Kerian Perak (IR)
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pemahaman guru-guru Pendidikan Islam tentang buli, jenis-jenis buli, lokasi kekerapan buli, faktor-faktor penyebab buli, tindakan menangani buli dan pendekatan mencegah buli. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan melibatkan 167 ora...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2707 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pemahaman guru-guru Pendidikan Islam tentang buli, jenis-jenis buli, lokasi kekerapan buli, faktor-faktor penyebab buli, tindakan menangani buli dan pendekatan mencegah buli. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan melibatkan 167 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar di 21 buah sekolah menengah seluruh Daerah Kerian. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan data kajian. Kajian mendapati 87.2% daripada responden memahami tentang buli; 83.4% responden memahami jenis-jenis buli iaitu buli langsung, buli lisan, buli fizikal, buli lisan bukan fizikal dan gangguan seksual; 84% responden setuju buli berlaku di sekolah; 77.7% responden bersetuju buli berlaku disebabkan oleh faktor keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Responden juga memberikan pandangan tindakan-tindakan untuk menangani buli adalah dengan melaksanakan pendekatan secara Islam, kerjasama daripada setiap guru dan mengadakan kempen anti buli, Majoriti responden memahami semua aspek yang berkaitan dengan perlakuan buli dalam kalangan pelaiar dan turut berusaha dan bekerjasama untuk mencari penyelesaian agar perlakuan buli dapat ditangani dan dicegah agar tidak semakin serius. Dengan itu, dicadangkan pendekatan secara Islam sebagai cara yang boleh digunakan untuk membendung perlakuan buli dalam kalangan pelajar. |
---|