Perlakuan metakognitif murid Tahun Lima dalam penyelesaian masalah matematik (IR)

Kajian kes ini bertujuan untuk menyiasat perlakuan metakognitif murid Tahun Lima dalam proses penyelesaian masalah matematik. Dua objektif utama kajian ini ialah untuk melihat cara perlakuan metakognitif murid Tahun Lima mengikut tahap pencapaian dalam proses penyelesaian masalah matematik dan menge...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suzana Anwar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2708
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kes ini bertujuan untuk menyiasat perlakuan metakognitif murid Tahun Lima dalam proses penyelesaian masalah matematik. Dua objektif utama kajian ini ialah untuk melihat cara perlakuan metakognitif murid Tahun Lima mengikut tahap pencapaian dalam proses penyelesaian masalah matematik dan mengenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh mereka. Seramai 12 orang murid Tahun Lima telah dipilih sebagai peserta kajian melalui teknik persampelan bertujuan. Kesemua peserta kajian ini menghasilkan 6 pasangan peserta kajian iaitu 2 pasang peserta kajian bagi kategori murid berpencapaian cemerlang, 2 pasang peserta kajian bagi kategori murid berpencapaian sederhana dan 2 pasang peserta kajian bagi kategori murid berpencapaian lemah dalam matematik. Data-data telah dikumpulkan melalui rakaman video proses penyelesaian masalah matematik bukan rutin secara pemikiran bersuara, jawapan bertulis penyelesaian masalah dan rakaman video temu bual. Data-data pemikiran bersuara dianalisa berpandukan Kerangka Kerja Metakognitif bagi Analisis Protokol Penyelesaian Masalah dalam Matematik oleh Sarver (2006) untuk melihat cara perlakuan metakognitif manakala protokol temu bual dianalisis bersama-sama dengan jawapan bertulis peserta kajian dan transkrip protokol pemikiran bersuara untuk mengenal pasti kesukaran berdasarkan tema-terna yang terhasil. Kajian ini mendapati bahawa semua peserta kajian berpencapaian cemerlang telah melalui keempat-empat fasa orientasi, organisasi, pelaksanaan dan pengesahan dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin. Bagi peserta kajian berpencapaian sederhana dan lemah pula, mereka hanya melalui tiga fasa penyelesaian masalah iaitu orientasi, organisasi dan pelaksanaan sahaja. Fasa pengesahan tidak dilalui oleh mereka. Perlakuan metakognitif yang dipamerkan oleh murid berpencapaian cemerlang, sederhana dan lemah juga adalah berbeza-beza, Murid berpencapaian cemerlang didapati menunjukkan ketujuh-tujuh perlakuan metakognitif iaitu membaca, memahami, menganalisis, merancang, meneroka, melaksana dan mengesah penyelesaian dengan berkesan sepanjang proses penyelesaian masalah dan hasilnya mereka dapat menyelesaikan masalah yang dikemukakan dengan teratur dan seterusnya membawa kepada kejayaan dalam penyelesaian masalah. Kajian ini juga mendapati bahawa orientasi adalah fasa yang penting dalam penyelesaian masalah kerana perlakuan metakognitif dalam fasa ini dapat memandu murid ke arah merancang tindakan yang tepat. Dapatan kajian ini juga membuktikan pengesahan adalah fasa penting dalam penyelesaian masalah di mana kesedaran mengesah penyelesaian turut menyumbang kepada kejayaan murid berpencapaian cemerlang dalam menyelesaikan masalah. Kegagalan mengesah penyelesaian juga merupakan penyebab yang membawa kepada kegagalan murid berpencapaian sederhana dan lemah dalam menyelesaikan masalah matematik. Kajian ini juga mendapati murid murid Tahun Lima menghadapi beberapa kesukaran dalam penyelesaian masalah matematik. Antara kesukaran yang dihadapi oleh mereka ialah kesukaran memahami masalah, kesukaran membuat perkaitan maklumat dalam soalan dengan jadual yang diberi, kesukaran menganalisa jadual dan kesukaran memproses maklumat untuk merancang aktiviti penyelesaian.