Nilai kemanusiaan dalam kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan dari perspektif teori moral (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai kemanusiaan, menganalisis unsur pengajaran, dan meneliti aspek kesan terhadap watak dan perwatakan dalam kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan. Kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan yang akan dikaji ialah Thavathin Valimai, Thi:pangkal:, dan Mu.Anpucelvan Citukathai...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Latha Murugusu
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2710
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti nilai kemanusiaan, menganalisis unsur pengajaran, dan meneliti aspek kesan terhadap watak dan perwatakan dalam kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan. Kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan yang akan dikaji ialah Thavathin Valimai, Thi:pangkal:, dan Mu.Anpucelvan Citukathaikal: yang berjumlah empat belas buah cerpen. Kaedah kualitatif iaitu kajian kepustakaan dan analisis teks serta teori Moral digunakan untuk mengkaji kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat lapan nilai kemanusiaan dalam kumpulan cerpen Mu.Anbuchelvan. Antara lapan nilai kemanusiaan, sebanyak empat buah cerpen mempunyai nilai keinsafan, tiga buah cerpen ada mengandungi nilai pengorbanan dan dua buah cerpen mempunyai nilai kasih sayang. Nilai tanggungjawab, nilai pemurah, nilai ketaatan, nilai membantu dan nilai bermaruah hanya ada pada sebuah cerpen. Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam kumpulan cerpen ini membawa mesej yang mendalam bagi membina sahsiah diri, keluarga dan masyarakat yang sempuma. Hasil dapatan menunjukkan bahawa nilai kemanusiaan sangat penting dan perIu diaplikasikan dalam kehidupan seharlan. Kesan positif dalam cerpen-cerpen yang dikaji boleh dijadikan teladan, panduan dan renungan bersama. Manakala, kesan negatif dalam cerpen-cerpen itu boleh dijadikan teladan untuk difikirkan secara bernas.