Pembinaan dan pengesahan instrumen kemahiran proses sains untuk sekolah menengah atas (IR)

Tujuan kajian ini ialah membina dan mengesahkan ujian aneka pilihan yang dinamakan Basic and Integrated Process Skills (BIPS) Test bagi mengukur penguasaan kemahiran proses sains (KPS) untuk pelajar sekolah menengah atas. Berpandukan indikator-indikator KPS yang terkandung dalam kurikulum sains Mala...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Al-Junaidi Mohamad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2711
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini ialah membina dan mengesahkan ujian aneka pilihan yang dinamakan Basic and Integrated Process Skills (BIPS) Test bagi mengukur penguasaan kemahiran proses sains (KPS) untuk pelajar sekolah menengah atas. Berpandukan indikator-indikator KPS yang terkandung dalam kurikulum sains Malaysia, instrumen BIPS Test dibina dan disahkan untuk mengukur 7 KPS asas dan 5 KPS bersepadu. Kajian ini merupakan kajian tinjauan kuantitatif yang terdiri daripada dua fasa. Fasa pertama ialah pembinaan item aneka pilihan yang mana itemitem ditulis berdasarkan objektif item. Kesahan kandungan, kesahan muka dan keobjektifan jawapan ditentukan secara kualitatif oleh panel pakar. Seterusnya, item item diuji dalam ujian rintis dengan jumlah sampel 104 pelajar tingkatan 4 yang mewakili kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah dari sekolah luar bandar dan sekolah bandar. Item-item kemudiannya dianalisis secara kuantitatif bagi menghasilkan instrumen BIPS Test yang mengandungi 60 item. Secara spesifik, instrumen ini terdiri daripada 28 item KPS asas (pekali Alpha Cronbach = 0.86) dan 32 item KPS bersepadu (pekali Alpha Cronbach = 0.89). Min indeks kesukaran item ialah 0.60 dengan julat antara 0.37 dan 0.75. Manakala min indeks diskriminasi item pula ialah 0.52 dengan julat antara 0.20 dan 0.77. Keputusan analisis item ini menunjukkan bahawa ciri-ciri psikometrik instrumen BIPS Test adalah diterima untuk ujian pengukuran yang boleh dipercayai. Seterusnya, dalam fasa kedua kajian iaitu kajian kausal-perbandingan, 245 pelajar tingkatan 4 pelajar dari 2 buah sekolah luar bandar dan 2 buah sekolah bandar di Kelantan digunakan sebagai sampel kajian. Dapatan kajian mendapati tahap penguasaan pelajar tidak melepasi tanda aras dua pertiga atau two-third benchmark (iaitu 66.67%) untuk KPS secara keseluruhan (56.06%), KPS asas (59.29%) dan KPS bersepadu (52.11%). Begitujuga, peratus min untuk domain KPS didapati kurang daripada tanda aras dua pertiga, kecuali kemahiran berkomunikasi (67.35%), kemahiran mengelas (68.73%) dan kemahiran meramal (68.98%). Dalam pada itu, keputusan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, pelajar perempuan mencapai peratus min yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki dalam KPS secara keseluruhan, KPS asas dan KPS bersepadu. Walau bagaimanapun, perbezaan tahap penguasaan dalam KPS keseluruhan, KPS asas dan KPS bersepadu antara pelajar lelaki dan perempuan didapati tidak signifikan secara statistik. Selain itu, keputusan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar sekolah bandar adalah lebih tinggi berbanding pelajar sekolah luar bandar dari segi KPS secara keseluruhan, KPS asas dan KPS bersepadu. Perbezaan dari segi penguasaan KPS secara keseluruhan (p = 0.014