Kesan guna tanah terhadap kualiti air tasik rekreasi di Taman Tasik Taiping, Perak (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti status kualiti air tasik rekreasi di Taman Tasik Taiping, Perak ekoran daripada kesan aktiviti guna tanah di kawasan sublembangan sungai. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif di lapangan menerusi pencerapan sampel air tasik, soal selidik dan ana...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurhamizah Shaharudin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2712
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti status kualiti air tasik rekreasi di Taman Tasik Taiping, Perak ekoran daripada kesan aktiviti guna tanah di kawasan sublembangan sungai. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kuantitatif di lapangan menerusi pencerapan sampel air tasik, soal selidik dan analisis pemetaan corak guna tanah. Penilaian status kualiti air melibatkan pengukuran DO, pH, BOD, COD, SS, dan NH3N di 22 buah stesen yang telah ditetapkan. Parameter bakteria E.coli dan logam berat seperti Zn, Mg, Cd, Pb, Hg, Cu dan juga Fe turut dicerap.Kesemua parameter ini dibandingkan dengan Standard Kualiti Air Kebangsaan untuk Malaysia dan juga dibandingkan dengan garis panduan kualiti air minuman untuk menilai tahap kualiti air tasik. Pencerapan kualiti air dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada bulan Mei 2013 dan juga pada bulan Mac 2014. Seramai 389 orang pengunjung telah dipilih sebagai sampel bagi mendapatkan pandangan mereka tentang tahap kualiti air tasik. Aplikasi Sistem Maklumat Geografi menerusi teknik seperti buffer, clip, topologi dan interpolasi digunakan bagi tujuan analisis kesan guna tanah ke atas tahap kualiti air tasik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai keseluruhan Indeks Kualiti Air pada bulan Mei 2013 adalah baik (Kelas II), manakala pada bulan Mac 2014 hanya dua stesen berada pada kelas sederhana tercemar (Kelas III). Air tasik juga tercemar dengan bakteria E.coli (>2419.2 MPN/2000), BOD (Kelas IV), COD (Kelas III) dan pH (Kelas III). Parameter yang lain mencatatkan nilai di bawah standard yang membolehkan sebarang aktiviti rekreasi air (Kelas lID) dijalankan. Kesan guna tanah menunjukkan bahawa perancangan pembangunan di sekitar kawasan tasik masih terkawal dengan keluasan kawasan hutan rizab masih mencatatkan nilai peratusan yang agak tinggi, iaitu sebanyak 83.75 peratus. Sehubungan itu sebanyak 70 peratus pengunjung bersetuju dengan kenyataan bahawa kualiti air tasik berada pada tahap bersih yang membolehkan sebarang aktiviti rekreasi selamat untuk dijalankan. Perancangan pembangunan di kawasan sublembangan sungai dan juga di kawasan tasik wajar diberikan perhatian oleh Pihak Berkuasa Tempatan sebagai jaminan terhadap kualiti air tasik bagi memastikannya terus kekal lestari memandangkan kawasan Taman Tasik Taiping sentiasa menarik para pengunjung.