Analisis kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat (IR)

Kajian ini bertujuan menganalisis tahap penguasaan kemahiran proses sains, tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal dalam kalangan pelajar kirnia tingkatan empat di daerah Bachok, Kelantan. Kajian tinjauan ini melibatkan 296 orang pelajar daripada 10 buah sekolah menenga...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zainudin Abdul Razak
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2713
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menganalisis tahap penguasaan kemahiran proses sains, tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal dalam kalangan pelajar kirnia tingkatan empat di daerah Bachok, Kelantan. Kajian tinjauan ini melibatkan 296 orang pelajar daripada 10 buah sekolah menengah. Dua set soal selidik dan satu set ujian digunakan sebagai instrumen. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal adalah tinggi, manakala penguasaan kemahiran proses sains adalah di tahap sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kefahaman kemahiran manipulatif antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran proses sains berdasarkan jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat korelasi positif yang sederhana antara tahap kefahaman kemahiran manipulatif dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar. Selain itu, terdapat korelasi positif yang sederhana antara kecekapan penggunaan makmal dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains. Akhirnya hasil kajian menunjukkan terdapat sumbangan yang signifikan bagi aspek tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal terhadap penguasaan kemahiran proses sains. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran proses sains pelajar mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal. Implikasinya, penggunaan makmal yang efisien dalam aktiviti amali dapat membantu pelajar menguasai kemahiran manipulatif dan seterusnya meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains.