Analisis kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat (IR)

Kajian ini bertujuan menganalisis tahap penguasaan kemahiran proses sains, tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal dalam kalangan pelajar kirnia tingkatan empat di daerah Bachok, Kelantan. Kajian tinjauan ini melibatkan 296 orang pelajar daripada 10 buah sekolah menenga...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Zainudin Abdul Razak
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2713
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan menganalisis tahap penguasaan kemahiran proses sains, tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal dalam kalangan pelajar kirnia tingkatan empat di daerah Bachok, Kelantan. Kajian tinjauan ini melibatkan 296 orang pelajar daripada 10 buah sekolah menengah. Dua set soal selidik dan satu set ujian digunakan sebagai instrumen. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal adalah tinggi, manakala penguasaan kemahiran proses sains adalah di tahap sederhana. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kefahaman kemahiran manipulatif antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran proses sains berdasarkan jantina. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat korelasi positif yang sederhana antara tahap kefahaman kemahiran manipulatif dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains pelajar. Selain itu, terdapat korelasi positif yang sederhana antara kecekapan penggunaan makmal dengan tahap penguasaan kemahiran proses sains. Akhirnya hasil kajian menunjukkan terdapat sumbangan yang signifikan bagi aspek tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal terhadap penguasaan kemahiran proses sains. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran proses sains pelajar mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap kefahaman kemahiran manipulatif dan kecekapan penggunaan makmal. Implikasinya, penggunaan makmal yang efisien dalam aktiviti amali dapat membantu pelajar menguasai kemahiran manipulatif dan seterusnya meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains.