Analisis penguasaan kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap Sains dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Gua Musang, Kelantan (IR)
Kajian ini bertujuan mengenal pasti penguasaan kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap sains dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Gua Musang, Kelantan. Kajian tinjauan ini melibatkan 359 orang pelajar dengan menggunakan borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan ke...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2715 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan mengenal pasti penguasaan kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap sains dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Gua Musang, Kelantan. Kajian tinjauan ini melibatkan 359 orang pelajar dengan menggunakan borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap sains pelajar adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari aspek literasi era digital, pemikiran inventif, komunikasi berkesan serta norma dan nilai kerohanian berdasarkan aliran. Di samping itu, terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari aspek implikasi sosial terhadap sains berdasarkan lokasi sekolah. Manakala dari segi aliran terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari aspek implikasi sosial terhadap sains, sikap terhadap inkuiri saintifik, amalan sikap saintifik, keseronokan pembelajaran sains, minat terhadap sains dan kerjaya dalam sains. Selain itu, terdapat kesan interaksi yang signifikan antara lokasi sekolah dan aliran dari aspek implikas sosial terhadap sains. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana antara kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap sains pelajar. Kesimpulannya, kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap sains akan dapat dikuasai pelajar melalui proses pembelajaran yang efektif. Implikasi kajian menunjukkan bahawa kepelbagaian pendekatan pengajaran sains perlu digunakan supaya kemahiran abad ke-21 pelajar dapat diperkasakan dan meningkatkan sikap positif terhadap sains serta merapatkan jurang pendidikan antara pelajar untuk memastikan modal insan yang dilahirkan memenuhi ciri-ciri yang diperlukan dalam persekitaran mencabar ini. |
---|