Kesediaan guru dalam pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah (IR)

Kajian bertujuan mengkaji kesediaan guru dalam pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 171 guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik di dalam program LINUS. Instrumen kajian adalah borang soal selidik yang meliputi aspek demografi guru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ruzaini Rani
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2716
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian bertujuan mengkaji kesediaan guru dalam pelaksanaan program LINUS di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 171 guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik di dalam program LINUS. Instrumen kajian adalah borang soal selidik yang meliputi aspek demografi guru, pengetahuan guru, kemahiran guru, sikap guru, penggunaan modul LINUS dan masalah-masalah yang dihadapi guru dalam melaksanakan program LINUS. Analisis data dibuat secara deskriptif menggunakan min, analisis korelasi Pearson dan ANOVA Satu Hala. Dapatan menunjukkan tahap pengetahuan, tahap sikap dan penggunaan modul LINUS berada pada tahap yang tinggi. Manakala tahap kemahiran guru berada pada tahap sederhana. Cabaran utarna yang dihadapi guru dalam program LINUS adalah jumlah murid yang ramai menyebabkan proses pembelajaran sukar dilaksanakan. ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pengetahuan dan sikap guru berdasarkan pengalaman mengajar; tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kemahiran guru berdasarkan pengalaman mengajar. Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara tahap sikap dengan pengetahuan guru; terdapat hubungan signifikan antara tahap sikap dengan kemahiran guru; terdapat hubungan yang lemah antara tahap pengetahuan dan kemahiran guru; dan terdapat hubungan yang sangat lemah antara tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru dengan pengalaman mengajar. Kesimpulan menunjukkan kesediaan guru berada pada tahap yang tinggi dalam pelaksanaan program LINUS. Implikasi kajian ialah para guru perlu merniliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap positif yang tinggi bagi memastikan program LINUS mencapai objektif untuk meningkat kadar literasi dan numerasi di sekolah rendah.