Pengendalian kata ganda dalam kamus dewan dan kamus besar bahasa Indonesia suatu kajian perbandingan (IR)

Kajian yang menggunakan pendekatan deskriptif perbandingan ini bertujuan untuk mencari titik persamaan dan perbezaan pengendalian kata ganda antara KD dengan KBBL Kajian secara interteks ini memilih KD dan KBBI atas dasar peranannya sebagai sebuah kamus ekabahasa berwibawa yang menjadi pegangan dan...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Ibrahim Ahmad
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2015
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2717
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian yang menggunakan pendekatan deskriptif perbandingan ini bertujuan untuk mencari titik persamaan dan perbezaan pengendalian kata ganda antara KD dengan KBBL Kajian secara interteks ini memilih KD dan KBBI atas dasar peranannya sebagai sebuah kamus ekabahasa berwibawa yang menjadi pegangan dan rujukan utama dari aspek kebahasaan dan kosa kata. Kajian ini memberi fokus kepada dua aspek penting iaitu status masukan dan pemerian makna. Status masukan meliputi taraf kata ganda dalam karnus sarna ada bersifat lema, prakategori, sublema, rangkai kata, variasi,polisemi, dan rujuk silang. Ini termasuklah pola setara dan tidak setara yang wujud dalam kata dan terbitan kata yang mengalami penggandaan serta pengertian longgar tentang status kata ganda yang dikacaukan sebagai gabungan kata atau kata majmuk dalam kamus. Pemerian makna pula mencakup butir-butir semantik yang melatari kata ganda tersebut sama ada membawa makna leksikal atau makna nahuan. Aspek pemerian makna ini menampilkan beberapa keunikan, terutamanya untuk kata ganda yang berasosiasi dan berkorelasi maknanya yang jelas berbeza daripada dapatan data korpus. Dengan memanfaatkan beberapa teori linguistik dan sumber korpus, kajian ini berjaya menampilkan beberapa dapatan yang mencetuskan ketidakseragaman dan kerancuan dalam kedua-dua buah kamus tersebut. Beberapa cadangan telah diajukan dan semua ini mengacu kepada usaha memberi input penting kepada dunia leksikografi BM/BI dan sekali gus memantapkan kegiatan kodifikasi bahasa, terutamanya dalam rangka kerja menobatkan kamus ekabahasa BM/BI di pentas dunia.