Hubungan antara perkembangan metakognitif dengan pencapaian motivasi, sikap belajar dan pencapaian matematik dalam kalangan pelajar tingkatan empat (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan diantara tahap-tahap metakognitif terhadap motivasi pencapaian, sikap belajar terhadap Matematik dan pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah menengah. Dengan menggunakan kaedah tinjauan, data dikumpulkan melalui soal seli...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Sharifah Laili Mohamad Nawawi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2723
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan diantara tahap-tahap metakognitif terhadap motivasi pencapaian, sikap belajar terhadap Matematik dan pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah menengah. Dengan menggunakan kaedah tinjauan, data dikumpulkan melalui soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada dua ratus tujuh puluh lima (275) pelajar yang telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Analisis inferensi digunakan untuk menganalisis data soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa metakognitif secara keseluruhannya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian Matematik, motivasi pencapaian dan sikap terhadap Matematik. Metakognitif tahap tinggi dan tahap rendah menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian Matematik dan sikap belajar Matematik tetapi menunjukkan hubungan yang tidak signifikan dengan pencapaian motivasi.Oleh itu pelajar yang mempunyai tahap metakognitif yang tinggi akan menunjukkan hubungan positif dengan pencapaian Matematik, motivasi pencapaian dan sikap terhadap Matematik dan ini menunjukkan metakognitif merupakan faktor yang penting dalam proses pembelaj aran pelajar.