Hubungan antara perkembangan metakognitif dengan pencapaian motivasi, sikap belajar dan pencapaian matematik dalam kalangan pelajar tingkatan empat (IR)

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan diantara tahap-tahap metakognitif terhadap motivasi pencapaian, sikap belajar terhadap Matematik dan pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah menengah. Dengan menggunakan kaedah tinjauan, data dikumpulkan melalui soal seli...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Wan Sharifah Laili Mohamad Nawawi
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2723
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tujuan kajian ini adalah untuk melihat hubungan diantara tahap-tahap metakognitif terhadap motivasi pencapaian, sikap belajar terhadap Matematik dan pencapaian Matematik dalam kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah menengah. Dengan menggunakan kaedah tinjauan, data dikumpulkan melalui soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada dua ratus tujuh puluh lima (275) pelajar yang telah dipilih untuk menjawab soal selidik. Analisis inferensi digunakan untuk menganalisis data soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa metakognitif secara keseluruhannya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian Matematik, motivasi pencapaian dan sikap terhadap Matematik. Metakognitif tahap tinggi dan tahap rendah menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian Matematik dan sikap belajar Matematik tetapi menunjukkan hubungan yang tidak signifikan dengan pencapaian motivasi.Oleh itu pelajar yang mempunyai tahap metakognitif yang tinggi akan menunjukkan hubungan positif dengan pencapaian Matematik, motivasi pencapaian dan sikap terhadap Matematik dan ini menunjukkan metakognitif merupakan faktor yang penting dalam proses pembelaj aran pelajar.