Hubungan amalan komuniti pembelajaran profesional dengan pencapalan murid sekolah-sekolah rendah daerah Batang Padang (IR)

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat tahap amalan komuniti pembelajaran profesional dan hubungannya dengan pencapaian murid sekolah-sekolah rendah daerah Batang Padang. Seramai 277 orang guru dari 13 buah sekolah berprestasi tinggi dan 9 buah sekolah berprestasi rendah telah terlibat dalam k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Hidayah Hanapi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2725
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat tahap amalan komuniti pembelajaran profesional dan hubungannya dengan pencapaian murid sekolah-sekolah rendah daerah Batang Padang. Seramai 277 orang guru dari 13 buah sekolah berprestasi tinggi dan 9 buah sekolah berprestasi rendah telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan rrienggunakan soal selidik yang telah dibangunkan oleh Hord (1997) dan Huffman dan Hipp (2003). Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian statistik dengan menggunakan aplikasi statistik ujiant dan korelasi Pearson. Ujian-r digunakan untuk menguji sarna ada wujud atau tidak perbezaan amalan komuniti pembelajaran profesional antara sekolah berprestasi tinggi dan berprestasi rendah. Ujian korelasi Pearson pula digunakan untuk menentukan hubungan antara amalan komuniti pembelajaran profesional dengan pencapaian murid sekolah rendah daerah Batang Padang. Hasil dapatan kajian menunjukkan amalan kelima-lima dimensi komuniti pembelajaran profesional di sekolah berprestasi tinggi dan sekolah berprestasi rendah adalah pada tahap yang tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan perkongsian kepemimpinan dan kepemimpinan menyokong serta amalan perkongsian nilai, matlamat, visi dan misi di antara sekolah berprestasi tinggi dan sekolah berprestasi rendah. Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat empat dimensi sahaja yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian UPSR murid sekolah berprestasi tinggi iaitu amalan perkongsian nilai, matlamat, visi dan misi, amalan pembelajaran kolektif dan aplikasi, amalan perkongsian amalan personal, amalan keadaan menyokong-hubungan serta amalan keadaan menyokong-struktur. Bagi sekolah berprestasi rendah pula, terdapat hubungan yang signifikan di antara kelima-lima dimensi komuniti pembelajaran profesional dengan pencapaian murid. Implikasi kajian ini dapat menambah ilmu berkaitan komuniti pembelajaran profesional serta ia dapat memberi maklumat tentang manfaat pelaksanaannya di sekolah-sekolah.