Hubungan keseimbangan antara pasaran Amanah Pelaburan Hartanah Islam (IREIT) dan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia (IR)

Kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan keseimbangan antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kewujudan hubungan jangka panjang dan pendek antara pemboleh ubah pulangan Amanah Pelaburan Hartanah Islam...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yusni Anis Yusuf
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2726
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan keseimbangan antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kewujudan hubungan jangka panjang dan pendek antara pemboleh ubah pulangan Amanah Pelaburan Hartanah Islam dan pemboleh ubah makroekonomi. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti bentuk arah hubungan penyebab antara pulangan Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REITs) dan pemboleh ubah makroekonomi. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data bulanan dari Disember 2008 hingga Disember 2013 dan dianalisis menggunakan model Vektor Autoregresif (VAR). Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan jangka panjang antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dengan Indeks Pengeluaran Industri, Kadar Pelaburan antara Bank secara Islam dan FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Indeks. Berdasarkan kepada hasil ujian Model Vektor Pembetulan Ralat (VECM) pula, didapati bahawa IREIT bukan penyebab Granger jangka pendek kepada semua pemboleh ubah makroekonomi, manakala pemboleh ubah Indeks Harga Pengguna dan Penawaran Agregat Kewangan merupakan penyebab Granger jangka pendek kepada pemboleh ubah IREIT. Oleh itu, didapati prestasi IREIT banyak dipengaruhi oleh pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia dan kajian ini membuktikan bahawa IREIT merupakan salah satu instrumen kewangan Islam yang berdaya saing dan perIu diterokai oleh pelabur untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka.