Kepatuhan proses gadaian dalam sistem Ar-Rahnu di Malaysia (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti proses lengkap bagi gadaian sehingga lelongan bagi tiga pelopor utama sistem ar-rahnu di Malaysia iaitu Bank Rakyat, YaPEIM dan MAIDAM. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti kepatuhan terhadap manual gadaian dalam amalan operasi tiga institusi ar-R...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Huda Md Yusuff
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2728
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti proses lengkap bagi gadaian sehingga lelongan bagi tiga pelopor utama sistem ar-rahnu di Malaysia iaitu Bank Rakyat, YaPEIM dan MAIDAM. Kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti kepatuhan terhadap manual gadaian dalam amalan operasi tiga institusi ar-Rahnu tersebut. Kaedah kualitatif menggunakan soalan temu bual separa struktur dan berstruktur dilaksanakan melibatkan pengusaha pajak gadai dan penggadai. Seramai tiga orang pegawai bertugas dan sepuluh orang penggadai terlibat dalam kajian ini. Terdapat sebelas aspek kepatuhan dianalisis iaitu penggunaan kad pengenalan dan surat akuan gadaian, timbang dan uji barang gadaian, nilai barang dan upah simpan, kelayakan pinjaman, tempoh gadaian, semakan kad pengenalan dan surat akuan gadaian, pengembalian barang, pelanjutan tempoh, surat akuan gadaian baharu, pengedaran notis, dan pemulangan lebihan hasil lelongan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepatuhan proses penggunaan kad pengenalan dan surat akuan gadaian, kelayakan pinjaman dan uji barang gadaian, semakan kad pengenalan dan surat akuan gadaian serta pengembalian barang adalah paling tinggi, manakala nilai barang dan upah simpan, kelayakan pinjaman, dan tempoh gadaian pula adalah yang paling rendah. Implikasi kajian ini ialah keperluan bagi institusi ar-Rahnu di Malaysia untuk menyediakan sistem pemantauan yang teliti bagi memantau kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh pegawai bertugas supaya mematuhi manual gadaian institusi selain menambahbaik carta aliran kerja sedia ada.