Analisis sikap terhadap pembelajaran fizik dan hubungannya dengan pencapaian dalam kalangan pelajar pra universiti di sebuah kolej matrikulasi (IR)

Kajian ini bertujuan menganalisis sikap pelajar terhadap pembelajaran Fizik dan hubungannya dengan pencapaian. Kajian juga menentukan perbezaan sikap terhadap pembelajaran dan pencapaian Fizik mengikut jantina. Tiga dimensi sikap yang dikaji ialah minat dalam metakognisi, pembelajaran Fizik dan apli...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Noor Badlilshah Abdul Kadir
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2826
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menganalisis sikap pelajar terhadap pembelajaran Fizik dan hubungannya dengan pencapaian. Kajian juga menentukan perbezaan sikap terhadap pembelajaran dan pencapaian Fizik mengikut jantina. Tiga dimensi sikap yang dikaji ialah minat dalam metakognisi, pembelajaran Fizik dan aplikasi Fizik. Rekabentuk penyelidikan kuantitatif dengan kaedah tinjauan dipilih bagi menjawab soalan kajian dan menguji hipotesis. Responden adalah seluruh pelajar aliran sains Kolej Matrikulasi Selangor seramai lima ratus sepuluh orang yang mengambil Fizik. Daripada jumlah tersebut sebanyak tiga ratus soal selidik berjaya dikutip semula. Soal selidik Sikap Terhadap Pembelajaran Fizik (STPF) yang mengandungi enam belas item telah digunakan sebagai alat ukur sikap terhadap pembelajaran Fizik. Statistik deskriptif digunakan bagi melihat min, kekerapan dan peratusan manakala statistik inferensi menggunakan ujian korelasi separa Pearson-r, ujian regresi, dan ujian-t sampel bebas digunakan bagi menguji hipotesis. Kajian mendapati sikap responden berada dalam profil peralihan, iaitu antara pakar dan novis. Secara khususnya, responden didapati mempunyai sikap yang mirip novis dalam dimensi aplikasi Fizik. Data kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara sikap terhadap pembelajaran Fizik dengan pencapaian Fizik. Sikap terhadap pembelajaran Fizik juga menyumbang secara signifikan terhadap pencapaian Fizik. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan tentang sikap terhadap pembelajaran Fizik antara pelajar lelaki dengan perempuan. Sebagai kesimpulan, walaupun responden mempunyai sikap yang mirip pakar, namun pada masa yang sama mereka juga masih mempunyai sikap yang mirip novis bagi sesetengah aspek sikap terhadap pembelajaran Fizik yang lain. Sikap terhadap pembelajaran Fizik yang mirip pakar dijangka dapat meningkatkan pencapaian Fizik kerana terdapat hubungan yang positif antara sikap dengan pencapaian Fizik. Implikasinya ialah pengajaran Fizik seharusnya menekankan pembinaan sikap terhadap pembelajaran Fizik yang mirip pakar.