Amalan terbaik pengajaran guru Bahasa Melayu Sekolah Rendah Daerah Larut Matang dan Selama Perak (IR)

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pelaksanaan Amalan Terbaik Pengajaran (ATP) berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dalam kalangan guru di daerah Larut, Matang dan Selama. Kajian ini dijalankan berasaskan prinsip amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran baha...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Hadibah Hushaini
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2842
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pelaksanaan Amalan Terbaik Pengajaran (ATP) berpusatkan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dalam kalangan guru di daerah Larut, Matang dan Selama. Kajian ini dijalankan berasaskan prinsip amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran bahasa oleh Zemelman dan rakanrakan. Kajian juga meninjau hubungan antara lokasi sekolah dan pengalaman guru dengan tahap pelaksanaan ATP. Kaedah kajian kuantitatif digunakan bagi mendapatkan data deskriptif dan inferensi. Ujian statistik deskriptif dan statistik inferensi, iaitu ujian kolerasi digunakan bagi menjawab soalan dan hipotesis kajian. Bagi mendapatkan data, borang soal selidik digunakan. Soal selidik dijalankan kepada 80 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Larut, Matang dan Selama. Sampel dipilih secara rawak berstrata berkadar. Dapatan kajian menunjukkan ATP yang diamalkan guru-guru di daerah Larut, Matang dan Selama berada pada tahap tafsiran min yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan pengajaran berasaskan pengalaman pelajar dan pengajaran yang holistik merupakan prinsip ATP paling tinggi yang diamalkan oleh guru. Ujian Kolerasi menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara lokasi sekolah, sama ada sekolah luar bandar atau sekolah bandar dengan perlaksanaan ATP. Ujian Kolerasi juga mendapati bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara guru berpengalaman, sama ada guru berpengalaman atau guru novis dengan pelaksanaan ATP. Kesimpulannya, kajian menunjukkan guru-guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Larut, Matang dan Selama mengamalkan ATP berpusatkan pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pelaksanaan ATP Bahasa Melayu sekolah rendah tidak dipengaruhi oleh kedua-dua lokasi dan tempoh pengalaman guru mengajar. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan ATP berpusatkan pelajar dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah.