Analisis drama Mana Sikana dari perspektif teori New Historisisme (IR)

Kajian ini dijalankan untuk menganalisis tiga buah drama beraliran metasejarah yang terkandung dalam buku kumpulan drama Pasir-pasir di Pasir Salak karya Mana Sikana (2011) iaitu Di Hujung Taming Sari, Pasir-pasir di Pasir Salak dan Air Mata Naning. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti ciri-c...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Samin Rabani
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2843
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk menganalisis tiga buah drama beraliran metasejarah yang terkandung dalam buku kumpulan drama Pasir-pasir di Pasir Salak karya Mana Sikana (2011) iaitu Di Hujung Taming Sari, Pasir-pasir di Pasir Salak dan Air Mata Naning. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri metasejarah dalam drama tersebut; menganalisis nilai-nilai sejarah yang terkandung dalam drama berkenaan dan menilai sumbangan drama aliran tersebut kepada masyarakat. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan teks bersandarkan prinsip-prinsip teori New Historisisme. Hasil kajian mendapati bahawa ketiga-tiga drama kajian adalah dihasilkan berlatarbelakangkan peristiwa sejarah silam yang berlaku di negara ini, mempunyai lima ciri iaitu peristiwa tidak mengikut kronologi sejarah; terdapat pelanggaran fakta sejarah; penggunaan watak rekaan di samping watak sebenar; penampilan watak tidak mengikut sistem tekstual sejarah; dan terdapat selingan acara-acara hiburan serta komedi. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa ketiga-tiga drama tersebut menampilkan enam nilai sejarah yang digarap bagi membentuk perkembangan cerita. Nilai-nilai tersebut ialah kekuasaan, penjajahan, perjuangan menentang penjajah, perhambaan dan sistem pungutan cukai. Seterusnya hasil kajian juga mendapati bahawa kemunculan drama metasejarah dapat memberikan empat sumbangan yang positif kepada masyarakat khususnya dalam bidang kesusasteraan iaitu melahirkan aliran baharu dalam drama; menonjolkan isu-isu semasa secara tersirat; menggalakkan pemikiran pembaca dan menimbulkan minat terhadap sastera berunsur sejarah. Sebagai kesimpulan dapat dinyatakan bahawa kajian ini telah berjaya mencapai ketiga-tiga objektif kajian sebagaimana dinyatakan di atas. Di samping itu kajian ini juga dapat membuktikan bahawa drama yang dikaji adalah karya kesusasteraan beraliran baharu iaitu aliran metasejarah yang telah dihasilkan dengan gaya persembahan yang baharu yang mempunyai banyak kelainan dan perubahan yang berbeza dengan drama aliran yang terdahulu. Dengan itu drama aliran ini wajar diperkenalkan dan dikembangkan kepada seluruh anggota masyarakat khususnya generasi muda.