Citra dan status dalam novel-novel terpilih M. Ramaiah (IR)
Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis citra wanita, kedudukan citra wanita dan menganalisis citra perjuangan watak wanita dalam tujuh buah novel terpilih M.Ramaiah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kaedah kepustakaan. Jenis citra wanita dikenal pasti mengikut teori A. Wahab Ali da...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2846 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis citra wanita, kedudukan citra wanita dan menganalisis citra perjuangan watak wanita dalam tujuh buah novel terpilih M.Ramaiah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kaedah kepustakaan. Jenis citra wanita dikenal pasti mengikut teori A. Wahab Ali dan Ungku Maimunah Mohd Tahir. Kedudukan dan perjuangan wanita dikenal pasti mengikut teori femenisme Naomi Wolf. Kajian berasaskan A. Wahab Ali, mendapati 20 peratus watak wanita moden, 32.73 peratus watak wanita transisi dan 47.27 peratus watak wanita tradisi. Disambing itu, kajian berasaskan Ungku Maimunah Mohd Tahir menunjukkan 47.27 peratus watak wanita positif, 18.18 peratus watak wanita negatif, 23.64 peratus wanita tragis dan 10.91 peratus watak wanita tidak jelas dalam novelnovel tersebut. Dapatan kedua menunjukkan bahawa 8 peratus wanita adalah mangsa feminisme, 58 peratus wanita adalah feminis yang berkuasa, 30 peratus wanita adalah mempunyai kedua-dua ciri tersebut dan 4 peratus tidak mempunyai kedua-dua ciri tersebut. Dapatan ketiga kajian ini menunjukkan bahawa M. Ramaiah menonjolkan watak wanita dalam novel-novelnya sebagai tidak berupaya untuk mengubah nasib malang mereka. Beliau berjaya mencerminkan citra, kedudukan dan perjuangan wanita India dalam novel-novelnya. Kesimpulannya, kajian ini mendedahkan pelbagai dilema dan isu yang berlaku dalam masyarakat India di Malaysia. Penonjolan watak wanita dalam novel yang akan dihasilkan perlulah menonjolkan imej yang lebih positif terhadap watak-watak wanita India di Malaysia. |
---|