Keberkesanan pembelajaran dalam talian dan kesannya terhadap kepuasan belajar pencapaian pelajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pembelajaran dalam talian ke atas pencapaian pelajar serta tahap kepuasan belajar mereka. Di samping itu, penyelidik juga menilai tahap kualiti pembelajaran dalam talian MyClass Online yang digunakan sama ada ianya setanding dengan piawaian antaraba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zain Hazmi Zain Baharin
Format: thesis
Language:eng
Published: 2008
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2850
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pembelajaran dalam talian ke atas pencapaian pelajar serta tahap kepuasan belajar mereka. Di samping itu, penyelidik juga menilai tahap kualiti pembelajaran dalam talian MyClass Online yang digunakan sama ada ianya setanding dengan piawaian antarabangsa DOVILES. Reka bentuk kajian adalah Percubaan Ujian-Pra dan Pasca dengan Kumpulan Kawalan ke atas 81 subjek yang dipilih secara rawak daripada 123 orang pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPGM Kampus Ipoh. Seramai 41 orang daripada subjek tersebut telah dipilih secara rawak untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran kursus Kemahiran Generik: Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara dalam talian. Pencapaian pelajar diukur melalui skor ujian pra dan ujian pasca, manakala tahap kepuasan belajar diukur melalui respons subjek terhadap soal selidik tahap kepuasan belajar. Tahap kualiti pembelajaran dalam talian pula diukur melalui respons pelajar terhadap lapan dimensi persekitaran yang dikemukakan oleh soal selidik DOVILES. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian pelajar yang belajar dalam talian adalah signifikan (p