Pembinaan dan penentusahan instrumen ujian kemahiran proses sains bersepadu sekolah rendah (IR)

Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentusahkan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Sekolah Rendah. Instrumen ini sesuai untuk menilai tahap penguasaan murid-murid tahap dua sekolah rendah, iaitu murid tahun 4 hingga 6 berumur 10 hingga 12 tahun di Malaysia dalam kemahiran proses sains berse...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Salasiah Zainuddin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2855
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentusahkan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Sekolah Rendah. Instrumen ini sesuai untuk menilai tahap penguasaan murid-murid tahap dua sekolah rendah, iaitu murid tahun 4 hingga 6 berumur 10 hingga 12 tahun di Malaysia dalam kemahiran proses sains bersepadu. Pelaksanaan kajian meliputi dua fasa, iaitu fasa pembinaan alat pengukuran yang dinamakan Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Sekolah Rendah dan fasa analisis psikometrik. Fasa pembinaan instrumen melibatkan lima langkah, iaitu mengenal pasti objektif instrumen, menentukan spesifikasi ujian, membina jadual spesifikasi instrumen, menulis item, dan menyemak item bersama pakar. Fasa analisis psikometrik melibatkan analisis dapatan ujian. Seramai 1097 murid daripada 8 buah sekolah kategori sekolah bandar dan luar bandar yang berbeza pencapaian akademik telah mengambil bahagian dalam ujian ini. Ujian pertama melibatkan 581 orang murid. Jumlah skor ujian yang diperolehi ialah di antara 7 hingga 56 (min = 32.1, sisihan piawai =11.6) dengan nilai pekali kebolehpercayaan Cronbachs alpha ialah .92. Min indeks kesukaran ialah .55 dengan julat di antara .25 hingga .88, manakala min indeks diskriminasi .46 dengan julat di antara .08 hingga .78. Ujian kedua melibatkan 516 orang murid. Jumlah skor ujian yang diperolehi ialah di antara 0 hingga 10 (min = 5.1, sisihan piawai =2.5) dengan nilai pekali kebolehpercayaan Cronbachs alpha ialah .71. Min indeks kesukaran pula ialah .51 dengan julat di antara .39 hingga .84, manakala min indeks diskriminasi ialah .58 dengan julat di antara .31 hingga .75. Kesimpulannya kajian ini telah menghasilkan sebuah instrumen yang terdiri 32 item yang sah dan boleh dipercayai. Implikasinya ialah instrumen Ujian Kemahiran Proses Sains Bersepadu Sekolah Rendah ini boleh digunakan untuk mentaksir tahap penguasaan kemahiran proses sains bersepadu murid tahap dua.