Pembinaan dan penilaian instrumen kesedaran kimia hijau pelajar sekolah menengah (IR)

Kajian ini bertujuan membangun dan mengesahkan Instrumen Kesedaran Kimia Hijau (IKKH) bagi mengumpul maklumat kesedaran kimia hijau dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Pendekatan kuantitatif digunakan dan melibatkan pelajar yang mengambil mata pelajaran kimia tingkatan empat. Seramai 700 respon...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Badrulhisham Ahmat
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2016
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2856
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan membangun dan mengesahkan Instrumen Kesedaran Kimia Hijau (IKKH) bagi mengumpul maklumat kesedaran kimia hijau dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Pendekatan kuantitatif digunakan dan melibatkan pelajar yang mengambil mata pelajaran kimia tingkatan empat. Seramai 700 responden terlibat dalam fasa I dan 500 responden dalam fasa II. Kajian juga menilai kesedaran kimia hijau pelajar menggunakan IKKH yang telah dibina. Data yang dikumpul telah dianalisis dengan menggunakan analisis faktor penerokaan (AFP) dan analisis faktor pengesahan (AFS). Dapatan kajian menunjukkan IKKH yang dibangunkan mempunyai nilai indeks kesahan kandungan (IKK) yang tinggi iaitu 0.92. Hasil daripada analisis AFP fasa I dan fasa II menunjukkan terdapat empat konstruk yang diekstrak iaitu pengetahuan, sikap, nilai dan kesedaran terhadap kimia hijau mempunyai kebolehpercayaan yang baik dengan nilai Cronbach alpha melebihi 0.7. Hasil analisis AFS fasa II pula menunjukkan kesepadanan yang baik antara model pengukuran dengan data kajian. Penilaian ke atas IKKH pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesedaran kimia hijau antara pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi aspek pengetahuan, nilai dan kesedaran kimia hijau antara pelajar sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Kesimpulannya, IKKH yang dibina adalah sah dan mempunyai kebolehpercayaan yang signifikan. Kajian ini memberi implikasi bahawa IKKH boleh digunakan sebagai satu instrumen untuk menilai kesedaran kimia hijau dalam kalangan pelajar sekolah menengah.