Pengaruh segmen persekitaran terhadap kecemerlangan akademik (IR)

Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji kesan dan hubungan pengaruh segmen persekitaran yang berkaitan dengan ciri-ciri penglibatan ibubapa, pengaruh rakan sebaya, peranan guru, pengurusan sekolah, keberkesanan tuisyen, tahap sosio ekonomi, keputusan peperiksaan dan harga diri terhadap k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Amir Kamarudin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2009
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2859
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji kesan dan hubungan pengaruh segmen persekitaran yang berkaitan dengan ciri-ciri penglibatan ibubapa, pengaruh rakan sebaya, peranan guru, pengurusan sekolah, keberkesanan tuisyen, tahap sosio ekonomi, keputusan peperiksaan dan harga diri terhadap kecemerlangan pencapaian akademik. Bagi mencapai hasrat ini, set-set soalan soal selidik telah dibentuk dan diedarkan bertujuan untuk mengutip data. Item-item yang digunakan dalam instrumen adalah berasaskan kepada Skala Likert bermata Lima. Sampel bagi kajian ini terdiri daripada 120 orang murid-murid sekolah rendah Tahun Lima dan Tahun Enam sebagai responden di enam buah sekolah yang terletak di Daerah Hilir Perak. Keputusan analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara kesemua segmen persekitaran terhadap kecemerlangan akademik. Ini dapat dilihat daripada hasil keputusan korelasi yang signifikan bagi setiap pembolehubah bebas dimana pengaruh rakan sebaya (r = 0.191), penglibatan ibubapa (r = 0.349), status ekonomi ibubapa (r = 0.248), peranan guru (r = 0.366), pengurusan sekolah (r = 0.231), keberkesanan tuisyen (r = 0.345), harga dri (r = 0.389) melainkan pembolehubah bebas keputusan peperiksaan di mana (r = 0.168). Justeru, dapat dirumuskan dalam kajian ini bahawa kesemua pembolehubah bebas menyumbang peningkatan sebanyak 24.9% (R2 = 0.249) terhadap kecemerlangan pencapaian akademik. Untuk mendapatkan kualiti kajian yang lebih tinggi adalah dicadangkan agar bilangan sampel, bilangan sekolah dan bilangan daerah yang terlibat akan ditambah untuk kajian pada masa yang akan datang. Strategi kajian diperingkat kebangsaan juga adalah diperlukan untuk menilai dan mengakreditasikan pencapaian kecemerlangan pendidikan di Malaysia.