Model nilai kepimpinan guru sekolah menengah di zon Sentul, Kuala Lumpur (IR)

Kajian ini bertujuan untuk membina Model Nilai Kepimpinan Guru. Kajian ini menggunakan soal selidik dan ditadbir kepada guru-guru di 19 buah sekolah menengah kebangsaan di zon Sentul, Kuala Lumpur. Seramai 320 responden telah dipilih dalam kajian ini dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Data...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Hasimah Ramelan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2863
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membina Model Nilai Kepimpinan Guru. Kajian ini menggunakan soal selidik dan ditadbir kepada guru-guru di 19 buah sekolah menengah kebangsaan di zon Sentul, Kuala Lumpur. Seramai 320 responden telah dipilih dalam kajian ini dengan menggunakan persampelan rawak mudah. Data dalam kajian ini dianalisis menggunakan analisis statistik deskriptif, analisis faktor eksploratori (EFA) dan analisis faktor konfirmatori (CFA) bagi mengukur susun atur pertama (first order factor) dan juga susun atur kedua (second order factor) bagi Model Nilai Kepimpinan Guru. Kajian ini mendapati sebanyak tiga sub konstruk nilai kepimpinan guru telah terbentuk iaitu peneraju proses pengajaran dan pembelajaran, memupuk budaya kerjasama dan pakar rujuk. Implikasi kajian ini dilihat dapat memberi maklumat tambahan kepada teori kepimpinan guru, garis panduan terhadap latihan dan program peningkatan profesionalisme kepada guru, pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia.