Pembinaan dan penilaian instrumen pentaksiran komprehensif dalam kursus kokurikulum permainan bola sepak kolej matrikulasi (IR)

Kajian ini bertujuan untuk membina dan menguji Instrumen Pentaksiran Komprehensif (IPK) dalam kursus kokurikulum permainan bola sepak bagi pelajar kolej matrikulasi. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah pra eksperimen. Kajian dilaksanakan di sembilan buah kolej matrikulasi di seluruh Malaysia d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Rosli Mat Yazid
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2864
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membina dan menguji Instrumen Pentaksiran Komprehensif (IPK) dalam kursus kokurikulum permainan bola sepak bagi pelajar kolej matrikulasi. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah pra eksperimen. Kajian dilaksanakan di sembilan buah kolej matrikulasi di seluruh Malaysia dengan sampel terdiri daripada 17 orang pensyarah dan 283 orang pelajar. Instrumen Pentaksiran Komprehansif (IPK) mengandungi borang penilaian berupa rubrik pemarkahan terdiri daripada domain kognitif, psikomotor, afektif dan borang soal selidik persetujuan pensyarah terhadap penggunaan IPK bagi kursus kokurikulum permainan bola sepak. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap dan aras pencapaian pembelajaran pelajar manakala analisis inferensi melibatkan ujian korelasi dan K-R20 yang menjelaskan hubungan antara pembolehubah. Hasil analisis menunjukkan nilai kesahan dan kebolehpercayaan IPK sangat tinggi dan boleh diterima pakai. Hasil analisis menunjukkan pencapaian pembelajaran kognitif pelajar berada pada tahap baik, pencapaian pembelajaran psikomotor pelajar semasa sesi latihan dan semasa sesi pengajaran berada pada aras menghubungkait. Manakala pencapaian pembelajaran afektif pelajar berada pada aras tindakan. Hasil analisis persetujuan pensyarah terhadap penggunaan IPK menunjukkan peratus persetujuan berada pada tahap sangat baik. Hasil kajian, kaedah penilaian menggunakan IPK sesuai digunakan sebagai alat ukur yang standard bagi mengukur tahap pencapaian pembelajaran pelajar dalam kursus kokurikulum permainan bola sepak pelajar kolej matrikulasi.