Keberkesanan kaedah POGIL (Process Oriented Guided-Inquiry Learning) dalam meningkatkan pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar prauniversiti (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah POGIL dalam meningkatkan pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar prauniversiti bagi topik respirasi sel. Kajian juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan kaedah POGIL dalam meningkatkan motivas...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Roslina Ibrahim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2878
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah POGIL dalam meningkatkan pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar prauniversiti bagi topik respirasi sel. Kajian juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan kaedah POGIL dalam meningkatkan motivasi, kefahaman dan kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen. Dua kaedah pengajaran yang berbeza dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan dua kumpulan yang berbeza; kaedah tradisional bagi kumpulan kawalan dan kaedah POGIL bagi kumpulan rawatan. Pemilihan responden kajian adalah secara persampelan bertujuan melibatkan 40 orang pelajar modul I program matrikulasi satu tahun yang mengambil subjek biologi. Responden terdiri daripada 20 orang pelajar kumpulan kawalan dan 20 orang pelajar dalam kumpulan rawatan. Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu modul pengajaran POGIL, ujian pencapaian dan borang soal selidik. Dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis statistik inferensi dan deskriptif Analisis statistik inferensi melibatkan ujian - t dan ANOVA untuk menerangkan perbezaan antara pemboleh ubah kajian manakala analisis statistik deskriptif untuk mengenalpasti persepsi pelajar. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar bagi kumpulan rawatan. Bagi perbezaan pencapaian mengikut aras taksonomi Bloom, kedua-dua kumpulan rawatan dan kawalan menunjukkan perbezaan yang signifikan tetapi kumpulan rawatan menunjukkan perbezaan yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Dapatan kajian juga menunjukkan persepsi pelajar terhadap POGIL adalah positif yang mana POGIL dapat meningkatkan motivasi, kefahaham dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan penggunaan kaedah POGIL dalam proses pengajaran dan pembe1ajaran dapat meningkatkan pencapaian dan kemahiran berftkir aras tinggi pelajar. Selain itu, kaedah POGIL juga dapat meningkatkan motivasi dan kefahaman. Implikasi kajian menunjukkan kaedah POGIL dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran biologi serta dapat membina proses kemahiran pelajar sejajar dengan pembe1ajaran abad ke-21.