Kesedaran alam sekitar dengan amalan hijau dalam kalangan pelajar tingkatan 4 di sekolah terpilih daerah Kota Setar (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran mengenai alam sekitar dan am alan hijau dalam kalangan para pelajar Tingkatan 4 di daerah Kota Setar. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mengukur tahap kesedaran dan amalan hijau yang diamalkan. Kajian ini hanya difok...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Noor Diyana Abdul Rahim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2879
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran mengenai alam sekitar dan am alan hijau dalam kalangan para pelajar Tingkatan 4 di daerah Kota Setar. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mengukur tahap kesedaran dan amalan hijau yang diamalkan. Kajian ini hanya difokuskan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang terdiri daripada 280 orang. Data daripada soal selidik dianalisis menggunakan analisis berstatistik deskriptif dan inferensi. Hasil keputusan kajian ini menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan kesedaran terhadap alam sekitar di antara jantina. Pelajar perempuan mempunyai tahap kesedaran yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Begitu juga amalan hijau, pelajar perempuan mempunyai sikap yang lebih mesra alam berbanding pelajar lelaki. Dapatan kajian menunjukkan wujud perkaitan kekuatan korelasi tahap sederhana (r = 0.534, p <0.05) antara kesedaran dan amalan hijau, Kesimpulannya, terdapat perhubungan antara tahap kesedaran dengan amalan hijau dalam kalangan pelajar sekolah. Namun, perhubungan yang terhasil adalah sederhana. Berdasarkan pada keputusan analisis ini, keputusan menunjukkan bahawa tahap kesedaran yang tinggi dalam diri pelajar Tingkatan 4 di daerah Kota Setar tidak memberi impak yang kuat terhadap amalan hijau yang diamalkan. Hasil kajian ini dapat membantu penggubal dasar di Malaysia untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan pendidikan dan perlindungan alam sekitar.