Hubungan persekitaran pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme dengan pencapaian pendidikan seni visual di kalangan pelajar tingkatan empat di Daerah Larut Matang dan Selama (IR)

Tujuan utama penyelidikan ini dilakukan adalah untuk melihat hubungan persekitaran pembelajaran Konstruktivisme dengan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Seni Visual di lima buah sekolah dalam daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Kajian ini melibatkan seramai 309 orang pelajar di tingkatan empat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Musa Norhayati
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2005
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2887
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama penyelidikan ini dilakukan adalah untuk melihat hubungan persekitaran pembelajaran Konstruktivisme dengan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Seni Visual di lima buah sekolah dalam daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Kajian ini melibatkan seramai 309 orang pelajar di tingkatan empat yang terdiri daripada 158 orang pelajar lelaki dan 151 orang pelajar perempuan. Kesemua sampel yang terlibat adalah daripada pelajar aliran sastera. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti persekitaran pembelajaran Konstruktivisme yang dilaksanakan oleh guru dapat mempertingkatkan lagi penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam pengajaran-pembelajaran, Secara khususnya kajian ini dilakukan adalah untuk melihat hubungan penguasaan sedia ada pelajar melalui konsep Asas Seni Reka menerusi penguasaan Unsur Seni (Seni Halus) dalam Pendidikan Seni Visual bagi pelajar dalam daerah Larut Matang dan Selama. Data yang dikutip dianalisis dengan menggunakan SPSS Verst 11.0. Kajian ini juga penting kepada para pendidik dan pihak yang berwajib untuk mengenalpasti faktor-faktor, kaedah serta pendekatan dan penggunaan teori pengajaran-pembelajaran di peringkat menengah atas. Berdasarkan ujian korelasi Spearman's, didapati korelasi antara persekitaran pembelajaran Konstruktivisme dengan tahap pencapaian Pemdidikan Seni Visual adalah berada pada tahap negatif iaitu -.066. Ini menunjukkan bahawa tiada korelasi antara persekitaran pembelajaran Konstruktivisme dengan tahap pencapaian Pendidikan Seni Visual di kalangan pelajar tingkatan empat. Faktor latar belakang hanya melibatkan tahap akademik penjaga dan lokasi yang memberi kesan terhadap penguasaan sedia ada dalam Pendidikan Seni Visual dengan aras signifikan p < 0.05. Tahap penguasaan sedia ada dalam Pendidikan Seni Visual tidak mempunyai hubungan yang kuat dengan persekitaran pembelajaran Konstruktivisme. Menerusi dapatan kajian ini, beberapa langkah ke arah mempertingkatkan penguasaan sedia ada menerusi konsep Asas Seni Reka telah dicadangkan. Kepelbagaian dalam kaedah pengajaran Pendidikan Seni Visual oleh guru Pendidikan Seni perlu diamalkan. Peruntukan masa yang sesuai harus diberikan kepada pelajar untuk mengikuti mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Aktiviti berpusatkan . murid perlu dipergiatkan dan penglibatan secara aktif pelajar-pelajar di bilik datjah atau studio Pendidikan Seni.