Keberkesanan penggunaan perisian komputer dalam meningkatkan minat pelajar terhadap teori mengenal nama-nama not di kalangan pelajar tingkatan 1 (IR)

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sama ada penggunaan perisian komputer dalam pendidikan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran pendidikan muzik. Di samping itu, kajian ini juga berfungsi meningkatkan minat pelaj...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Liow Bee Teen
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2005
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2904
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti sama ada penggunaan perisian komputer dalam pendidikan muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran pendidikan muzik. Di samping itu, kajian ini juga berfungsi meningkatkan minat pelajar untuk mempelajari muzik. Data mengenai kajian ini dikumpul melalui ujian pos. Di samping itu, satu set soal selidik digunakan dalam mengenalpasti sama ada perisian itu memberi kesan positif dari aspek pembelajaran, minat dan motivasi pelajar. Empat puluh orang pelajar Tingkatan 1 dari SMK Khir Johari, Tanjong Malim, Perak telah dipilih secara rambang sebagai responden kajian. Pembelajaran menggunakan perisian komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik kepada pelajar-pelajar sekolah menengah merupakan konsep baru. Kaedah pengajaran ini melibatkan pembelajaran nama-nama not menggunakan kibod. Objektif-objektif kaedah ini adalah untuk membolehkan pelajar pelajar mempelajari muzik dengan pendekatan yang lebih menarik, menyeronokkan dan seterusnya menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan berjaya. Namun begitu, penggunaan perisian komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah masih lagi kurang dilaksanakan secara meluas. Ini disebabkan oleh pendekatan ini memerlukan peralatan sokongan yang mencukupi, kurangnya guru yang berpengetahuan dalam menggunakan perisian komputer, tiada sokongan daripada pihak pentadbir dan sebagainya.