Kesan kursus Struktur Algebra terhadap kemahiran pembuktian bakal guru Matematik di sebuah universiti awam Malaysia (IR)

Kajian ini bertujuan mengkaji sama ada kursus Struktur Algebra memberi kesan terhadap tahap kemahiran pembuktian bakal guru matematik di sebuah universiti awam Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra ujian pos kumpulan kawalan tidak setara. Sampel kajian dipilih secar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kamarudin Mohd Mirwan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2906
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan mengkaji sama ada kursus Struktur Algebra memberi kesan terhadap tahap kemahiran pembuktian bakal guru matematik di sebuah universiti awam Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra ujian pos kumpulan kawalan tidak setara. Sampel kajian dipilih secara rawak terdiri daripada 17 orang pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Matematik dengan kepujian yang telah mengambil kursus Struktur Algebra sebagai kumpulan rawatan dan 17 orang pelajar program Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Pendidikan yang tidak mengambil kursus Struktur Algebra sebagai kumpulan kawalan. Data dikumpul secara kuantitatif dan kualitatif menggunakan 3 instrumen iaitu ujian pos, ujian pra dan soalan temu bual dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Hasil kajian menunjukkan bahawa kemahiran pembuktian bakal guru program matematik berada pada tahap transisi dan terdapat perbezaan tahap kemahiran pembuktian di antara pelajar kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian ini mendapati pelajar kumpulan rawatan yang mengambil kursus Struktur Algebra berupaya menghasilkan pembuktian tahap transisi dan generalisasi manakala pelajar kumpulan kawalan pula yang tidak mengambil kursus Struktur Algebra hanya berupaya menghasilkan pembuktian tahap empirikal dan luaran.Rumusannya, kajian ini menunjukkan kursus Struktur Algebra memberi kesan terhadap tahap kemahiran pembuktian pelajar.Implikasinya kursus Struktur Algebra adalah kursus yang perlu dimasukkan ke dalam struktur kurikulum program Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) Dengan Pendidikan supaya guru matematik yang dihasilkan daripada program ini ialah guru yang mempunyai kemahiran pembuktian yang tinggi.