Pembinaan dan kesan pelaksanaan modul In-Vee terhadap pencapaian, Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran proses sains (IR)
Kajian ini bertujuan membina Modul In-Vee berasaskan model Sidek dan Jamaludin. Kajian juga bertujuan menilai kesan pelaksanaan Modul In- Vee terhadap pencapaian, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran proses Sains (KPS) pelajar dalam subjek Biologi. Hubungan antara KBAT dan KPS pelajar...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2907 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan membina Modul In-Vee berasaskan model Sidek dan Jamaludin. Kajian juga bertujuan menilai kesan pelaksanaan Modul In- Vee terhadap pencapaian, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran proses Sains (KPS) pelajar dalam subjek Biologi. Hubungan antara KBAT dan KPS pelajar juga akan ditentukan. Modul ini didasari teori Konstrutivisme dan mengaplikasikan Diagram Vee ke atas aktiviti penyiasatan di makmal. Reka bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dengan melibatkan ujian Pra dan Pasca. Seramai 60 orang pelajar tingkatan empat aliran Sains telah dipilih secara persampelan bertujuan dan dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan secara sama rata. Instrumen kajian yang digunakan adalah Modul In-Vee, dua set ujian pra dan pasca bagi mengukur pencapaian KBAT dan KPS. Data dianalisis menggunakan Ujian Ancova dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapian, KBAT dan KPS yang signifikan antara pelajar kumpulan rawatan dan kawalan. Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang lemah secara signifikan antara KBAT dengan KPS. Kesimpulannya Modul In-Vee berasaskan pendekatan Diagram Vee telah berjaya meningkatkan prestasi pelajar dalam pencapaian kognitif, kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran proses sains. Walau bagaimanapun hubungan antara kedua-dua kemahiran ini adalah lemah. Kajian ini menunjukkan implikasi dimana modul In-Vee yang dibina boleh diaplikasikan oleh guru dalam membantu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran proses sains seterusnya perbaiki pencapaian pelajar terutamanya dalam aktiviti amali makmal di sekolah. |
---|