Kesan bimbingan kelompok modul penyesuaian pemikiran kerjaya terhadap ketidakfungsian pemikiran kerjaya dalam kalangan pelajar sekolah menengah (IR)

Kajian kuasi eksperimen ini bertujuan mengkaji kesan kelompok bimbingan kecil dan kelompok bimbingan besar Modul Penyesuaian Pemikiran Kerjaya (PPK) yang berorientasikan teori Kognitif Pemprosesan Maklumat dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang memperoleh skor tinggi dan sederhana dalam ketidak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Ibrahim Nur Liyana
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2910
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kuasi eksperimen ini bertujuan mengkaji kesan kelompok bimbingan kecil dan kelompok bimbingan besar Modul Penyesuaian Pemikiran Kerjaya (PPK) yang berorientasikan teori Kognitif Pemprosesan Maklumat dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang memperoleh skor tinggi dan sederhana dalam ketidakfungsian pemikiran kerjaya. Keberkesanan kelompok bimbingan kecil dan kelompok bimbingan besar diukur daripada segi pengurangan kekeliruan membuat keputusan, kebimbangan komitmen, konflik luaran dan peningkatan situasi vokasional kumpulan rawatan. Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah menengah di daerah Hulu Selangor, Selangor. Soal selidik yang digunakan mengandungi maklumat peribadi dan dua soal selidik kajian iaitu Soal Selidik Pemikiran Kerjaya dan Soal Selidik Situasi Vokasional. Seramai 108 subjek dipilih memasuki dua jenis kelompok rawatan dan satu kelompok kawalan. Subjek rawatan KBK ialah 36 orang pelajar yang dibahagikan kepada tiga kelompok kecil (R1a=12, R1b=12 dan R1c=12), KBB seramai 36 orang pelajar dalam satu kelompok besar (R2=36) dan satu kelompok kawalan (K1=36). Subjek kelompok rawatan diberi lapan sesi kelompok mingguan, dalam masa lapan minggu. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif, ANOVA, MANCOVA dan Post Hoc jenis Tukey pada aras signifikan 0.01 dan 0.05. Dapatan kajian mendapati rawatan KBK dan KBB berkesan dalam mengurangkan pemboleh ubah bersandar ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan meningkatkan situasi vokasional kelompok rawatan berbanding kelompok kawalan. Kelompok rawatan KBK didapati lebih berkesan berbanding rawatan KBB. Kajian ini juga mendapati faktor jantina tidak mempengaruhi kesan rawatan. Implikasi kajian ini memberi sumbangan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling apabila berjaya membina modul kelompok bimbingan kecil dan kelompok bimbingan besar yang berorientasikan pendekatan Kognitif Pemprosesan Maklumat (KPM) dalam mengurangkan ketidakfungsian pemikiran kerjaya serta meningkatkan situasi vokasional pelajar secara berkesan.