Hubungan antara corak pengambilan makanan dan pengambilan kalori terhadap komposisi tubuh badan kanak-kanak (IR)

<p>Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara corak pengambilan makanan dan pengambilan kalori terhadap komposisi tubuh badan kanak-kanak tahap dua sekolah rendah yang berumur 10-12 tahun. Rekabentuk kaj ian adalah berbentuk tinjauan. Responden terdiri daripada 445 orang murid...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Azziadatur Rasyeeda Azman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2912
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara corak pengambilan makanan dan pengambilan kalori terhadap komposisi tubuh badan kanak-kanak tahap dua sekolah rendah yang berumur 10-12 tahun. Rekabentuk kaj ian adalah berbentuk tinjauan. Responden terdiri daripada 445 orang murid (lelaki, n= 230; perempuan, n= 215). Borang soal selidik 24-hour dietary recall (Ministry of Health, 2014) digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan corak pengambilan makanan dan jumlah pengambilan kalori. Analisis deskriptif digunakan bagi melapor skor min dan sisihan piawai manakala ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan corak pengambilan makanan terhadap komposisi badan. Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kekerapan pengambilan hidangan utama, dan snek dan pengambilan kalori antara responden lelaki dan perempuan bagi setiap peringkat umur. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara corak pengambilan makanan terhadap indeks jisim tubuh badan dan peratus lemak badan bagi responden lelaki berumur 11 tahun. Walau bagaimanapun dapatan kajian tidak menunjukan hubungan yang signifikan bagi responden lelaki berumur 10 dan 12 tahun. Bagi responden perempuan pula, tidak terdapat hubungan antara corak pengambilan makanan dengan kedua-dua pembolehubah. Kesimpulannya tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan pengambilan hidangan utama dan snek antara jantina bagi kanak-kanak sekolah rendah tahap dua. Corak pengambilan makanan juga tidak menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap komposisi tubuh badan sarna ada kanak-kanak lelaki atau perempuan. Maka dicadangkan satu kajian yang lebih sistematik dengan mengambil kira jumlah nutrien yang diambil mengikut kategori bagi menentukan hubungannya terhadap komposisi badan dan dijalankan ke atas pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Selain itu, kajian longitudinal perlu dijalankan bagi mendapatkan data secara purata dalam satu tempoh masa yang ditetapkan untuk memberi gambaran sebenar mengenai corak pengambilan makanan dan isu obesiti di negara ini.</p>