Perisian multimedia interaktif kompang sebagai media dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik (IR)
<p>Kajian ini bertujuan menmjau persepsi guru-guru muzik terhadap kemampuan penggunaan Perisian Multimedia Interakif Kompang dalam membantu pengajaran pembelajaran Pendidikan Muzik. Kumpulan sasaran yang menggunakan perisian ini terdiri dari guru-guru yang mengajar muzik, tetapi tidak...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=2916 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | <p>Kajian ini bertujuan menmjau persepsi guru-guru muzik terhadap kemampuan penggunaan Perisian Multimedia Interakif Kompang dalam membantu pengajaran pembelajaran Pendidikan Muzik. Kumpulan sasaran yang menggunakan perisian ini terdiri dari guru-guru yang mengajar muzik, tetapi tidak mempunyai pengkhususan muzik sewaktu menjalani latihan perguruan. Kajian ini juga meninjau apakah kesan penggunaan perisisan multimedia kompang terhadap suasana pengajaran pembeIajaran.Perisian ini dibina dengan menggunakan Macromedia Authoware 6.5 dan beberapa perisian sokongan iaitu Ulead Media Studio, Adobe Photoshop 6.0, Microsoft Word 2000, dan Ulead Cool 3D. Perisian juga dibina dengan mengadaptasikan kurikulum sukatan sekolah menengah dan sukatan kursus sijil perguruan khas ( satu tahun ) Pendidikan Muzik dan disesuaikan dengan sukatan Pendidikan Muzik Sekolah Rendah. Walaupun tiada tajuk khusus mengenai kompang dalam Sukatan Pendidikan Muzik Sekolah Rendah, tetapi ianya masih boleh disesuaikan dengan Aspek-aspek muzik yang ada dalam sukatan. Hasil dapatan menunjukkan penggunaan media yang terkini seperti perisisan muzik yang disokong oleh komputer dilihat dapat memberi kesan yang positif semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku berbanding penggunaan media atau alat konvensional. Melalui persepsi guru-guru muzik, dapatan kajian juga menunjukkan perisian ini mampu membantu mereka dalam melaksanakan pengajaran pembelajaran Pendidikan Muzik dengan lebih baik.</p> |
---|