Aspek kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan dalam novel Tamil Malaysia (IR)

Kajian ini adalah tentang aspek kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan dalam novel Tamil Malaysia. Kajian ini mempunyai tiga objektif. Objektif pertama adalah mengkaji ciri-ciri kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan dalam novel Tamil Malaysia; objektif kedua adalah meneliti dan menilai kesesu...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Thinesh Subramaniam
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2015
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=294
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini adalah tentang aspek kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan dalam novel Tamil Malaysia. Kajian ini mempunyai tiga objektif. Objektif pertama adalah mengkaji ciri-ciri kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan dalam novel Tamil Malaysia; objektif kedua adalah meneliti dan menilai kesesuaian penggunaan aspek kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan dalam novel Tamil Malaysia; dan objektif ketiga adalah menerangkan ciri-ciri aspek kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan yang masih dipertahankan oleh masyarakat Tamil Malaysia. Kajian ini telah menggabungkan dua kaedah secara bersepadu iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah kajian lapangan. Kaedah kepustakaan melibatkan analisis teks yang berpandukan 5 buah novel Tamil Malaysia yang digunakan dalam kajian ini. Manakala, kaedah kaiian lapangan dibentangkan dalam bentuk carta bar. Teori Kalaviyal dan teori Karpiyal digunakan sebagai teori mendasar kajian ini. Setelah menjalankan kajian berdasarkan objektif pertama, pengkaji mendapati bahawa ciri-ciri aspek kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan yang diterangkan dalam karya agung TollWppiyam memang digunakan oleh penulis-penulis novel Tamil Malaysia dalam kelima-lima novel tersebut. Hasil dapatan objektif kedua mendapati bahawa aspek kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan digunakan dengan sesuai dalam novel-novel Tamil Malaysia. Manakala, setelah menjalankan kajian berdasarkan objektif ketiga pula didapati bahawa aspek kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan masih lagi dapat terlihat dalam kalangan masyarakat India zaman kini. Kehidupan masyarakat India kini masih mempunyai pengaruh aspek kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan yang diterangkan dalam karya agung TolkOppiyam. Kajian ini menjadi salah satu garis panduan terutamanya kepada masyarakat Tamil di Malaysia bagi menguruskan kehidupan mereka sebelum dan juga selepas perkahwinan supaya aspek-aspek kehidupan yang dinyatakan dalam karya agung Tolklippiyam tidak diabaikan mengikut peredaran zaman.