Permodelan hubungan antara kekuatan sistem, faktor pengguna dan gaya pengurusan sekolah dengan kejayaan penggunaan aplikasi sistem maklumat pengurusan pendidikan

Kajian ini adalah satu usaha yang dijalankan untuk mengetahui sejauh mana tahappenggunaan Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan (EMIS) di sekolah seluruh NegeriPerak Darul Ridzuan. Dalam penyelidikan ini, kejayaan penggunaan EMIS dilihat dari segi manfaatkepada individu dan organisasi. Reka bentuk p...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Faizal Md Karim
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini adalah satu usaha yang dijalankan untuk mengetahui sejauh mana tahappenggunaan Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan (EMIS) di sekolah seluruh NegeriPerak Darul Ridzuan. Dalam penyelidikan ini, kejayaan penggunaan EMIS dilihat dari segi manfaatkepada individu dan organisasi. Reka bentuk penyelidikan ini adalah korelasi- deskriptif dan datakuantitatif dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Penyelidikan ini menggunakan teknikpensampelan rawak strata untuk memilih 607 responden. Data kajian dianalisis dengan menggunakananalisis deskriptif dan analisis regrasi berganda. Kajian ini mendapati empat daripada enam faktoriaitu Kepuasan Pengguna EMIS (β = .45), Penglibatan Pengguna EMIS (β = .25), Kekuatan Sistem EMIS(β= .24), Kefahaman Pengguna EMIS (β = .20) adalah faktor penyumbang yang signifikan kepadakejayaan penggunaan EMIS dan menghasilkan persamaan regresi (Y-hatK-EMIS = -0.19 + 0.24(KekuatanSistem (KS)) + 0.20(Kefahaman Pengguna (KP)) + 0.25(Penglibatan Pengguna (PP)) + 0.45(KepuasanPengguna (KPP)), persamaan regresi piawai (ZY-hatK-EMIS=0.22ZKS + 0.061ZKP + 0.26ZPP + 0.44ZKpP). Didapati tidak semua faktor yang dicadangkan dalam modelkerangka konsep menunjukkan korelasi yang signifikan dengan pemboleh ubahkejayaan penggunaan EMIS. Faktor kefahaman pengguna EMIS didapati tidak signifikandari segi korelasinya dengan pemboleh ubah kejayaan penggunaan EMIS dan terpaksa dikeluarkandaripada Model Kejayaan Penggunaan EMIS. Implikasi daripada kajian ini Kementerian PendidikanMalaysia perlu menambahbaik dasar sedia ada yang digunakan untuk membangunkan aplikasi pengurusansistem maklumat di Kementerian selaras denganintipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025.