Analisis pola kemarau Hidrologi di Lembangan Sungai Langat, Selangor, Malaysia (IR)

Kajian ini menganalisis kemarau dan sifat-sifatnya di lembangan Sungai Langat, Selangor. Luahan aliran rendah sungai dianalisis menggunakan nilai purata luahan harian (Qmean) manakala bagi peristiwa kemarau, persentil 70 (Q70) digunakan sebagai paras ambang. Luahan sungai yang mempunyai tempoh berbe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sakke Nordin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3016
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menganalisis kemarau dan sifat-sifatnya di lembangan Sungai Langat, Selangor. Luahan aliran rendah sungai dianalisis menggunakan nilai purata luahan harian (Qmean) manakala bagi peristiwa kemarau, persentil 70 (Q70) digunakan sebagai paras ambang. Luahan sungai yang mempunyai tempoh berbeza dari empat stesen iaitu Lui, Rinching, Kajang dan Dengkil telah digunakan untuk mengkaji kemarau. Statistik deskriptif, ujian trend Mann-Kendall Z, kecerunan Sen, ujian kekerapan, statistik Z, ANOVA sehala, regresi/korelasi dan Kendall digunakan dalam analisis. Hasil kajian menunjukkan purata tempoh aliran rendah adalah 9,780 hari (64.8%). Tempoh ini menyumbangkan 38.6% daripada keseluruhan luahan dalam tempoh kajian. Sebanyak 32 tahun mengalami kemarau. Tahun-tahun di mana kesemua stesen dilanda kemarau ialah 1978, 1980, 1982, 1983 dan 1999. Sebanyak 92 peristiwa kemarau telah direkodkan bagi semua stesen semasa tempoh kajian di mana kebanyakan landaan lebih tertumpu antara tahun 1976 1987 dan 1999 - 2006. Tahun 1978 telah merekodkan peristiwa tertinggi. Bagi tempoh kemarau, purata ialah 1,968 hari. Tempoh terpanjang direkodkan di Dengkil pada tahun 1987. Dari segi magnitud, semua stesen telah merekodkan defisit kemarau di bawah 10% daripada keseluruhan luahan aliran rendah; defisit tertinggi berlaku di Lui iaitu 9.9% manakala terendah direkodkan di Kajang iaitu 4.0%. Hasil kajian menunjukkan lembangan Sungai Langat telah mengalami kemarau parah pada tahun 1977, 1980, 2001, 2002 dan 2006. Corak kemarau memaparkan trend menurun di kawasan yang banyak litupan tumbuhan seperti Lui dan Rinching, manakala kawasan pembangunan seperti Kajang dan Dengkil menunjukkan trend sebaliknya. Berdasarkan trend pembangunan di kawasan kajian, kejadian kemarau diunjurkan akan meningkat pada masa akan datang. Oleh itu dicadangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) agar lebih bersikap proaktif dalam memelihara kawasan bertumbuhan dan mengurus pembangunan fizikal dalam usaha untuk meminimumkan impak kemarau terhadap kemapanan bekalan air .