Analisis konsep perpaduan kaum dalam novel terpilih Abdullah Hussain (IR)

Kajian ini bertujuan menganalisis konsep perpaduan kaum dalam novel terpilih Abdullah Hussain. Kaedah analisis teks secara kualitatif digunakan bagi menganalisis unsur perpaduan kaum yang terdapat dalam penulisan tokoh Sasterawan Negara ini. Dua novel yang digunakan sebagai subjek analisis dalam kaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosli Ibrahim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3020
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan menganalisis konsep perpaduan kaum dalam novel terpilih Abdullah Hussain. Kaedah analisis teks secara kualitatif digunakan bagi menganalisis unsur perpaduan kaum yang terdapat dalam penulisan tokoh Sasterawan Negara ini. Dua novel yang digunakan sebagai subjek analisis dalam kajian ini ialah Interlok dan Buih di Atas Air.Teori Cerminan Masyarakat Lukacs telah digunakan sebagai landasan untuk melihat hubungan antara penulisan Abdullah Hussain di dalam kedua-dua novel tersebut dan perkaitannya dengan kehidupan masyarakat yang pelbagai latar belakang keturunan kaum dan budaya di Malaysia. Kajian ini mendapati pemilihan tema, plot dan watak dalam kedua-dua novel dapat mencerminkan latar belakang kehidupan sebenar masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kedua-dua novel juga telah berjaya menonjolkan unsur perpaduan kaum dalam pelbagai aspek kehidupan harian seperti dalam suasana sosio-budaya, ekonomi dan politik masyarakat Malaysia. Kajian ini juga mencerminkan citra budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai ini telah menyumbang ke arah kehidupan yang lebih harmoni dan bersatu padu dalam usaha membangunkan negara ini. Kesimpulannya, karya Abdullah Hussain bukanlah bercorak perkauman dan tidaklah cenderung untuk menyanjung sesuatu kaum sahaja serta memperkecilkan kaum yang lain. Implikasinya,kajian ini boleh dijadikan landasan kepada pihak panel penilai yang ingin membuat pemilihan karya sastera untuk digunakan dalam sesuatu tahap pendidikan di Malaysia.