Analisis konsep perpaduan kaum dalam novel terpilih Abdullah Hussain (IR)

Kajian ini bertujuan menganalisis konsep perpaduan kaum dalam novel terpilih Abdullah Hussain. Kaedah analisis teks secara kualitatif digunakan bagi menganalisis unsur perpaduan kaum yang terdapat dalam penulisan tokoh Sasterawan Negara ini. Dua novel yang digunakan sebagai subjek analisis dalam kaj...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Rosli Ibrahim
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2016
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3020
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan menganalisis konsep perpaduan kaum dalam novel terpilih Abdullah Hussain. Kaedah analisis teks secara kualitatif digunakan bagi menganalisis unsur perpaduan kaum yang terdapat dalam penulisan tokoh Sasterawan Negara ini. Dua novel yang digunakan sebagai subjek analisis dalam kajian ini ialah Interlok dan Buih di Atas Air.Teori Cerminan Masyarakat Lukacs telah digunakan sebagai landasan untuk melihat hubungan antara penulisan Abdullah Hussain di dalam kedua-dua novel tersebut dan perkaitannya dengan kehidupan masyarakat yang pelbagai latar belakang keturunan kaum dan budaya di Malaysia. Kajian ini mendapati pemilihan tema, plot dan watak dalam kedua-dua novel dapat mencerminkan latar belakang kehidupan sebenar masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kedua-dua novel juga telah berjaya menonjolkan unsur perpaduan kaum dalam pelbagai aspek kehidupan harian seperti dalam suasana sosio-budaya, ekonomi dan politik masyarakat Malaysia. Kajian ini juga mencerminkan citra budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai ini telah menyumbang ke arah kehidupan yang lebih harmoni dan bersatu padu dalam usaha membangunkan negara ini. Kesimpulannya, karya Abdullah Hussain bukanlah bercorak perkauman dan tidaklah cenderung untuk menyanjung sesuatu kaum sahaja serta memperkecilkan kaum yang lain. Implikasinya,kajian ini boleh dijadikan landasan kepada pihak panel penilai yang ingin membuat pemilihan karya sastera untuk digunakan dalam sesuatu tahap pendidikan di Malaysia.