Pembinaan dan validasi instrumen pengukuran efikasi kendiri terhadap pentaksiran alternatif dalam kalangan guru (IR)

Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentusahkan instrumen pengukuran efikasi kendiri terhadap pentaksiran alternatif (EKPA) dan mengukur tahap efikasi kendiri guru terhadap pentaksiran alternatif. Item-item dalam instrumen EKPA mewakili tiga dimensi konstruk efikasi kendiri iaitu pemerolehan su...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Normarina Abd Rahman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3023
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membina dan menentusahkan instrumen pengukuran efikasi kendiri terhadap pentaksiran alternatif (EKPA) dan mengukur tahap efikasi kendiri guru terhadap pentaksiran alternatif. Item-item dalam instrumen EKPA mewakili tiga dimensi konstruk efikasi kendiri iaitu pemerolehan sumber untuk menjalankan pentaksiran alternatif, pelaksanaan pentaksiran alternatif serta cabaran melaksanakan pentaksiran alternatif. Item-item dibina melalui beberapa prosedur melibatkan tinjauan literatur, pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian dan draf item, pengesahan pakar serta analisis item. Sejumlah 375 orang guru terlibat sebagai responden dipilih melalui teknik pensampelan rawak berstrata. Data yang dikumpul dianalisis berdasarkan model pengukuran Rasch bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, dan seterusnya menentukan tahap efikasi kendiri guru terhadap pentaksiran alternatif. Keputusan menunjukkan indeks kebolehpercayaan bagi item adalah 0.99. Indeks pisahan item adalah melebihi 2.0 dan kesemua item menghasilkan nilai polariti yang positif. Nilai infit dan outfit bagi MNSQ pada sela 0.6 hingga 1.4 digunakan sebagai panduan untuk mengekalkan item. Analisis deskriptif menunjukkan secara keseluruhannya guru mempunyai tahap efikasi kendiri yang baik terhadap pentaksiran alternatif dengan min pada nilai +0.65 logit. Pihak berkaitan seperti pentadbir sekolah dan pengurus latihan guru boleh menggunakan maklumat tentang tahap efikasi kendiri guru-guru terhadap pentaksiran alternatif ini untuk menentukan latihan dan kursus perkembangan staf yang sesuai bagi menggalakkan penggunaan pentaksiran alternatif dalam kalangan guru sekolah. Instrumen ini boleh ditadbir kepada guru daripada pelbagai latar belakang di semua negeri di Malaysia sebelum penggunaan EKPA diperluaskan kepada populasi.