Hubungan antara amalan pengajaran guru dalam ayat kefahaman pengajian Al-Quran dengan penghayatan Al-Quran murid tingkatan empat di SMKA di Sabah (IR)

<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran guru dalam Ayat Kefahaman Pengajian al-Quran dalam mata pelajaran Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah dan hubungannya dengan penghayatan al-Quran pelajar. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah tinjauan dalam mengumpul data ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Naziratul Izzati Ani
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3025
Tags: Add Tag
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti amalan pengajaran guru dalam Ayat Kefahaman Pengajian al-Quran dalam mata pelajaran Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah dan hubungannya dengan penghayatan al-Quran pelajar. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah tinjauan dalam mengumpul data yang melibatkan 254 orang pelajar tingkatan empat dan 34 orang guru Pendidikan Islam di 5 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Negeri Sabah. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif menggunakan min, sisihan piawai dan peratus manakala analisis inferensi menggunakan ujian t, ujian ANOVA dan korelasi Pearson. Dapatan kajian mencatatkan tahap amalan pengajaran guru dalam ayat kefahaman Pengajian al-Quran dari aspek persediaan, perkembangan dan penutup pengajaran berada pada tahap sederhana tinggi, walau bagaimanapun aspek sahsiah guru berada pada tahap tinggi. Secara keseluruhan aspek amalan pengajaran guru berada pada tahap sederhana tinggi. Aspek penghayatan pelajar menunjukkan tahap kefahaman dan perasaan pelajar terhadap ayat kefahaman Pengajian al-Quran adalah tinggi. Manakala penghayatan pelajar dari segi amalan berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis perbezaan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan penghayatan al-Quran antara jantina lelaki dan perempuan manakala perbezaan berdasarkan gred pencapaian Pendidikan Islam dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) menunjukkan pelajar memiliki tahap penghayatan al-Quran yang berbeza mengikut gred pencapaian. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana antara amalan pengajaran guru dengan penghayatan al-Quran pelajar. Manakala hasil dapatan bagi hubungan strategi pengajaran dengan penghayatan al-Quran pelajar menunjukkan strategi pemusatan guru mempunyai hubungan yang lebih tinggi berbanding strategi yang lain dalam memberi penghayatan al-Quran kepada pelajar. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah, institusi-institusi pendidikan yang lain dalam menyusun dan merangka program yang bersesuai dengan keperluan guru al-Quran serta dapat membantu guru dalam merancang pengajaran al-Quran yang lebih berkesan bagi meningkatkan penghayatan al-Quran di kalangan pelajar.</p>