Nilai nasihat dalam puisi tradisional Teromba (IR)

<p>Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan menemukan nilai nasihat puisi melayu tradisional genre teromba dengan nilai-nilai murni yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga kurikulum. Melalui puisi tradisional genre teromba yang dijadikan bahan kajian menggunakan pend...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahim Mohamad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2013
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3027
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk meneliti dan menemukan nilai nasihat puisi melayu tradisional genre teromba dengan nilai-nilai murni yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga kurikulum. Melalui puisi tradisional genre teromba yang dijadikan bahan kajian menggunakan pendekatan moral diharapkan dapat menemukan rumusan yang memperkukuh lagi kenyataan bahawa puisi melayu tradisional genre teromba yang dikaji mempunyai nilai nasihat yang tinggi yang menekankan keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis aspekaspek nasihat dalam puisi-puisi yang menjadi bahan kajian secara instrinsik. Seterusnya, penelitian ditumpukan kepada kesesuaian aspek-aspek kemurnian dan nilai nasihat dalam puisi-puisi yang dikaji dengan nilai-nilai murni yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penyelidikan ini menyentuh tentang beberapa kajian lalu yang menjadikan Teromba sebagai bahan kajiannya. Pembicaraan tentang peranan penggunaan puisi Melayu Tradisional, salah satu komponen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat SPM turut dibincangkan dengan memberi tumpuan terhadap minat pelajar terhadap puisi teromba. Di samping memberi hiburan dan pengajaran, melalui pembacaan puisi juga dapat memupuk minat kepada bahasa, menghargai keindahan, membina nilai moral positif pelajar dan memupuk semangat kewarganegaraan di kalangan pelajar. Kajian ini juga menganalisis aspek-aspek nilai nasihat yang tinggi yang terdapat dalam puisi melayu tradisional teromba dari sudut sosiobudaya, sosioekonomi dan sosiopolitik. Aspek ini diteliti sewajar mungkin. Seterusnya, dalam hasil penganalisisan, pengkaji berharap menemukan kesesuaian aspek-aspek nilai kenasihatan dalam teromba dan dapat dipraktikkan didalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya untuk menjadikan para pelajar orang yang berguna</p>