Intervensi pemulihan rehabilitasi pertuturan terhadap murid bermasalah pendengaran (IR)

<p>Kajian kualitatif ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan pelaksanaan intervensi pemulihan pertuturan terhadap murid bermasalah pendengaran menggunakan Modul Syahrulikram (Modul S.I) yang terdiri daripada tiga peringkat. Pengkaji hanya menumpukan pada sebutan murid dalam lingku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bashiroh Omar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3029
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian kualitatif ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan pelaksanaan intervensi pemulihan pertuturan terhadap murid bermasalah pendengaran menggunakan Modul Syahrulikram (Modul S.I) yang terdiri daripada tiga peringkat. Pengkaji hanya menumpukan pada sebutan murid dalam lingkungan vokal (a, e, i, o, u, e) dan konsonan (h, l, w, y, b, p) dalam peringkat asas. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, dan analisis dokumen. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid dari sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Mereka mengalami masalah pendengaran sejak dilahirkan, pertuturan mereka kurang jelas dan agak sukar difahami oleh orang lain. Berdasarkan ujian pra, ketidakupayaan ketara yang dihadapi oleh subjek kajian dalam pertuturan adalah penggantian dan pengguguran berbanding kesilapan lain seperti penambahan fonem. Penggantian kerap dilakukan bagi fonem vokal /e/ dengan /e/, dan konsonan /b/ dengan /p/ kerana responden kajian agak keliru untuk membezakan fonem-fonem tersebut manakala pengguguran pula kerap berlaku pada perkataan yang mempunyai fonem /h/ sama ada di awal, tengah dan akhir perkataan. Intervensi pemulihan pertuturan telah dijalankan selama tiga bulan dan setiap subjek kajian telah menjalani sebanyak sepuluh sesi intervensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian subjek kajian dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Kesilapan seperti penggantian, pengguguran dan penambahan fonem menunjukkan penurunan malah sebutan subjek kajian menjadi lebih lancar dan jelas. Keupayaan subjek kajian menyebut fonem vokal juga adalah lebih baik berbanding fonem konsonan. Pengulangan dan latih tubi berterusan membantu penguasaan pertuturan lebih berkesan. Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa Modul S.I dapat membantu murid bermasalah pendengaran menguasai kemahiran bertutur sekiranya intervensi awal diberikan. Kaedah dalam modul ini juga diharapkan dapat digunakan lebih meluas di sekolah kerana ia dapat membantu murid-murid bermasalah pendengaran menguasai pertuturan lebih cepat.</p>