Intervensi pemulihan rehabilitasi pertuturan terhadap murid bermasalah pendengaran (IR)
<p>Kajian kualitatif ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan pelaksanaan intervensi pemulihan pertuturan terhadap murid bermasalah pendengaran menggunakan Modul Syahrulikram (Modul S.I) yang terdiri daripada tiga peringkat. Pengkaji hanya menumpukan pada sebutan murid dalam lingku...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3029 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
id |
oai:ir.upsi.edu.my:3029 |
---|---|
record_format |
uketd_dc |
spelling |
oai:ir.upsi.edu.my:30292020-02-27 Intervensi pemulihan rehabilitasi pertuturan terhadap murid bermasalah pendengaran (IR) 2016 Bashiroh Omar LB Theory and practice of education <p>Kajian kualitatif ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan pelaksanaan intervensi pemulihan pertuturan terhadap murid bermasalah pendengaran menggunakan Modul Syahrulikram (Modul S.I) yang terdiri daripada tiga peringkat. Pengkaji hanya menumpukan pada sebutan murid dalam lingkungan vokal (a, e, i, o, u, e) dan konsonan (h, l, w, y, b, p) dalam peringkat asas. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, dan analisis dokumen. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid dari sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Mereka mengalami masalah pendengaran sejak dilahirkan, pertuturan mereka kurang jelas dan agak sukar difahami oleh orang lain. Berdasarkan ujian pra, ketidakupayaan ketara yang dihadapi oleh subjek kajian dalam pertuturan adalah penggantian dan pengguguran berbanding kesilapan lain seperti penambahan fonem. Penggantian kerap dilakukan bagi fonem vokal /e/ dengan /e/, dan konsonan /b/ dengan /p/ kerana responden kajian agak keliru untuk membezakan fonem-fonem tersebut manakala pengguguran pula kerap berlaku pada perkataan yang mempunyai fonem /h/ sama ada di awal, tengah dan akhir perkataan. Intervensi pemulihan pertuturan telah dijalankan selama tiga bulan dan setiap subjek kajian telah menjalani sebanyak sepuluh sesi intervensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian subjek kajian dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Kesilapan seperti penggantian, pengguguran dan penambahan fonem menunjukkan penurunan malah sebutan subjek kajian menjadi lebih lancar dan jelas. Keupayaan subjek kajian menyebut fonem vokal juga adalah lebih baik berbanding fonem konsonan. Pengulangan dan latih tubi berterusan membantu penguasaan pertuturan lebih berkesan. Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa Modul S.I dapat membantu murid bermasalah pendengaran menguasai kemahiran bertutur sekiranya intervensi awal diberikan. Kaedah dalam modul ini juga diharapkan dapat digunakan lebih meluas di sekolah kerana ia dapat membantu murid-murid bermasalah pendengaran menguasai pertuturan lebih cepat.</p> 2016 thesis https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3029 https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3029 text zsm closedAccess Masters Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti Pembangunan Manusia N/A |
institution |
Universiti Pendidikan Sultan Idris |
collection |
UPSI Digital Repository |
language |
zsm |
topic |
LB Theory and practice of education |
spellingShingle |
LB Theory and practice of education Bashiroh Omar Intervensi pemulihan rehabilitasi pertuturan terhadap murid bermasalah pendengaran (IR) |
description |
<p>Kajian kualitatif ini dijalankan bertujuan untuk melihat kesan pelaksanaan intervensi pemulihan pertuturan terhadap murid bermasalah pendengaran menggunakan Modul Syahrulikram (Modul S.I) yang terdiri daripada tiga peringkat. Pengkaji hanya menumpukan pada sebutan murid dalam lingkungan vokal (a, e, i, o, u, e) dan konsonan (h, l, w, y, b, p) dalam peringkat asas. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian, dan analisis dokumen. Subjek kajian terdiri daripada empat orang murid dari sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur. Mereka mengalami masalah pendengaran sejak dilahirkan, pertuturan mereka kurang jelas dan agak sukar difahami oleh orang lain. Berdasarkan ujian pra, ketidakupayaan ketara yang dihadapi oleh subjek kajian dalam pertuturan adalah penggantian dan pengguguran berbanding kesilapan lain seperti penambahan fonem. Penggantian kerap dilakukan bagi fonem vokal /e/ dengan /e/, dan konsonan /b/ dengan /p/ kerana responden kajian agak keliru untuk membezakan fonem-fonem tersebut manakala pengguguran pula kerap berlaku pada perkataan yang mempunyai fonem /h/ sama ada di awal, tengah dan akhir perkataan. Intervensi pemulihan pertuturan telah dijalankan selama tiga bulan dan setiap subjek kajian telah menjalani sebanyak sepuluh sesi intervensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian subjek kajian dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Kesilapan seperti penggantian, pengguguran dan penambahan fonem menunjukkan penurunan malah sebutan subjek kajian menjadi lebih lancar dan jelas. Keupayaan subjek kajian menyebut fonem vokal juga adalah lebih baik berbanding fonem konsonan. Pengulangan dan latih tubi berterusan membantu penguasaan pertuturan lebih berkesan. Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa Modul S.I dapat membantu murid bermasalah pendengaran menguasai kemahiran bertutur sekiranya intervensi awal diberikan. Kaedah dalam modul ini juga diharapkan dapat digunakan lebih meluas di sekolah kerana ia dapat membantu murid-murid bermasalah pendengaran menguasai pertuturan lebih cepat.</p> |
format |
thesis |
qualification_name |
|
qualification_level |
Master's degree |
author |
Bashiroh Omar |
author_facet |
Bashiroh Omar |
author_sort |
Bashiroh Omar |
title |
Intervensi pemulihan rehabilitasi pertuturan terhadap murid bermasalah pendengaran (IR) |
title_short |
Intervensi pemulihan rehabilitasi pertuturan terhadap murid bermasalah pendengaran (IR) |
title_full |
Intervensi pemulihan rehabilitasi pertuturan terhadap murid bermasalah pendengaran (IR) |
title_fullStr |
Intervensi pemulihan rehabilitasi pertuturan terhadap murid bermasalah pendengaran (IR) |
title_full_unstemmed |
Intervensi pemulihan rehabilitasi pertuturan terhadap murid bermasalah pendengaran (IR) |
title_sort |
intervensi pemulihan rehabilitasi pertuturan terhadap murid bermasalah pendengaran (ir) |
granting_institution |
Universiti Pendidikan Sultan Idris |
granting_department |
Fakulti Pembangunan Manusia |
publishDate |
2016 |
url |
https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3029 |
_version_ |
1747833054231003136 |