Strategi pengajaran pemulihan Jawi j.Qaf di sekolah rendah Perak (IR)

<p>Kajian ini bertujuan untuk menganalisa strategi pengajaran pemulihan jawi j-QAF di sekolah rendah di Perak. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif terhadap 300responden guru j-QAF dan 300 responden murid tahun lima. Ia turut disokong dengan pendekatan kualitatif....

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Zairul Anuwar Jamriy
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2016
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3030
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Kajian ini bertujuan untuk menganalisa strategi pengajaran pemulihan jawi j-QAF di sekolah rendah di Perak. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif terhadap 300responden guru j-QAF dan 300 responden murid tahun lima. Ia turut disokong dengan pendekatan kualitatif. Terdapat sembilan pemboleh ubah dalam kajian ini yang merangkumi set induksi, modul pemulihan jawi, objektif pengajaran, pendekatan pengajaran, kaedah pengajaran, teknik pengajaran, penilaian pengajaran, BBM dan sahsiah guru. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS untuk menguji frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Data kajian yang dianalisis secara inferensi pula menggunakan ujian-t dan korelasi Pearson. Dua set instrumen soal selidik dibina oleh pengkaji dengan nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach adalah tinggi. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati strategi pengajaran pemulihan jawi j-QAF daripada persepsi guru adalah sederhana rendah manakala daripada persepsi murid pada tahap sederhana tinggi. Hasil analisis inferensi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi komponen pendekatan pengajaran,teknik pengajaran, penilaian pengajaran dan BBM berdasarkan faktor jantina manakala tiada perbezaan yang signifikan terhadap komponen pengajaran berdasarkan faktor lokasi. Walau bagaimanapun, hasil analisis korelasi Pearson pula mendapati wujud hubungan yang signifikan antara komponen set induksi dengan pencapaian murid dan komponen modul pemulihan jawi dengan pencapaian murid pemulihan jawi. Implikasi kajian dan cadangan terhadap kementerian, sekolah, guru dan ibu bapa turut dibincangkan.</p>