Perkaitan di antara corak orientasi matlamat dan tahap kekuatan mental atlet Masum (IR)
<p>Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara corak orientasi matlamat dan tahap kekuatan mental dalam kalangan atlet yang mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Seramai 102 orang atlet MASUM terdiri daripada...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3032 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | <p>Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara corak orientasi matlamat dan tahap kekuatan mental dalam kalangan atlet yang mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Seramai 102 orang atlet MASUM terdiri daripada 51 orang lelaki dan 51 orang wanita yang mewakili dalam sukan sofbol (30 orang), bola tampar (24 orang), ragbi (24 orang) dan bola baling (24 orang) terlibat dalam kajian ini. Soal selidik Task and Ego Orientation in Sport Questionaire, Duda & Nicholls (1989); Psychology Performance Inventory, PPI Loehr, (1986) dijawab oleh responden. Analisis deskriptif menjelaskan min dan sisihan piawai, ujian-t, ANOVA sehala dan korelasi Pearson digunakan dalam kajian ini melalui program IBM SPSS version 20.0. Hasil dapatan ujian-t menunjukkan atlet lebih berorientasikan tugasan berbanding orientasi ego. Dapatan kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi perbezaan tahap kekuatan mental berdasarkan jantina atlet. Analisis korelasi Pearson menunjukkan tiada hubungan di antara corak orientasi matlamat dan tahap kekuatan mental bagi atlet lelaki dan wanita. Kesimpulannya, prestasi dan kejayaan dalam sukan boleh dipertingkatkan sekiranya atlet sentiasa mempraktikkan corak orientasi matlamat dan kekuatan mental semasa latihan serta pertandingan.</p> |
---|