Analisis dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan melalui kaedah Hermeneutik (IR)

<p>Kajian ini bertujuan untuk menganalisis masalah dan cara mengatasi masalah tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan dalam aktiviti lisan, bacaan dan penulisan. Kaedah Hermeneutik yang bersifat kualitatif digunakan untuk menginterpretasi data k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sathiakala Santhrasaygran
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3049
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk menganalisis masalah dan cara mengatasi masalah tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan dalam aktiviti lisan, bacaan dan penulisan. Kaedah Hermeneutik yang bersifat kualitatif digunakan untuk menginterpretasi data kajian, iaitu data temu bual daripada sepuluh orang guru Bahasa Inggeris Tahun 6. Hasil kajian mendapati bahawa guru menghadapi cabaran apabila majoriti murid tidak menunjukkan minat kerana gagal memahami aktiviti lisan, bacaan dan penulisan Bahasa Inggeris dan mempunyai kosa kata yang lemah. Selain daripada itu, guru yang tidak memahami masalah murid telah mendapati sukar menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga mendapati bahawa guru cuba memupuk minat murid melalui pertandingan yang dapat menggalakkan persaingan antara murid. Kajian ini menyarankan agar guru mengenal pasti dan memahami punca masalah, sentiasa bersedia untuk melaksanakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang terkini dan memperbaiki konsep kendiri guru demi mencapai objektif pembelajaran. Sikap dan langkah-langkah proaktif ini diharap akan dapat meningkatkan minat murid di dalam mempelajari Bahasa Inggeris, di samping membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menangani masalah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan, khususnya.</p>