Ciri-ciri Antropometri dan tahap kematangan fizikal pemain bola sepak bawah 12 dan 15 tahun MSSPK (IR)

<p>Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan ciri-ciri antropometri dan tahap kematangan fizikal pemain bola sepak bawah 12 dan 15 tahun Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPK). Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan 252 orang peserta, iaitu 126 orang pemain bawah 12 tahun dan 126 orang...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohd Redzuan Amat
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3091
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan ciri-ciri antropometri dan tahap kematangan fizikal pemain bola sepak bawah 12 dan 15 tahun Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPK). Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan 252 orang peserta, iaitu 126 orang pemain bawah 12 tahun dan 126 orang pemain bawah 15 tahun. Pengukuran antropometri melibatkan tinggi, berat badan, tinggi duduk, panjang kaki, panjang depa dan lipatan kulit (triceps dan gastrocnemius). Tahap kematangan fizikal pemain dianggar menggunakan kaedah tidak invasif dan praktikal bagi meramal umur pada halaju ketinggian puncak (PHV) bagi mengukur ambang kematangan berdasarkan pemboleh ubah antropometri. Analisis statistik deskriptif ditunjukkan bagi ciri-ciri antropometri. Ujian t tidak bersandar digunakan bagi membuat perbandingan antara pasukan yang layak ke peringkat akhir. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ciri-ciri antropometri antara pasukan yang berjaya dengan tidak berjaya ke peringkat akhir perlawanan. Kajian mencadangkan para jurulatih perlu merangka program latihan yang sistematik selaras dengan tahap kematangan fizikal pemain bola sepak.</p>