Kes metabolik latihan menggunakan tayar dan tali serta kesannya terhadap kecergasan kardiovaskular, kuasa dan komposisi tubuh (IR)
<p>Latihan kekuatan dan suaian fizikal telah berkembang pesat dengan melibatkan pelbagai kaedah dan menggunakan pelbagai objek seperti tayar dan tali yang berat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan latihan yang menggabungkan penggunaan tayar dan tali dalam satu program lat...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3107 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | <p>Latihan kekuatan dan suaian fizikal telah berkembang pesat dengan melibatkan pelbagai kaedah dan menggunakan pelbagai objek seperti tayar dan tali yang berat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan latihan yang menggabungkan penggunaan tayar dan tali dalam satu program latihan. Kajian ini terbahagi kepada dua peringkat. Kajian peringkat pertama ialah untuk menentukan kos metabolik latihan yang telah dibina. Seramai 20 orang belia lelaki dengan purata umur 22.05 1.46 tahun terlibat dalam kajian ini. Nilai Metabolic Equivalent of Task (MET), kadar penggunaan oksigen, kos tenaga, dan kadar nadi latihan diukur menggunakan spirometer mudah alih. Analisis deskriptif menunjukkan latihan ini menghasilkan nilai MET 7.25 1.62. Penggunaan oksigen yang direkodkan ialah 1655.05 295.70 mlmin1, dan penggunaan oksigen maksimum ialah 24.17 4.48 mlkg1min1. Manakala jumlah tenaga yang digunakan ialah sebanyak 74.75 14.78 kcal. Sementara kadar nadi maksimum latihan ialah 173.05 10.47 seminit, dan kadar nadi purata latihan ialah 153.15 13.28 seminit. Kajian peringkat kedua pula bertujuan menentukan kesan latihan terhadap kecergasan kardiovaskular, kuasa, dan komposisi tubuh. Kajian ini berbentuk Quasi-Eksperimental (Pretest-posttest Nonequivalent Comparison). Seramai 52 orang lelaki dengan purata umur 22.67 0.92 tahun secara sukarela terlibat dalam kajian ini. Peserta kajian telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan ekperimen. Intervensi dijalankan selama 20 minit bagi setiap sesi, tiga kali seminggu, dan selama lapan minggu. Selepas tamat lapan minggu, analisis ANCOVA menunjukkan bahawa dengan melaraskan skor prauji sebagai kovariat, skor pascauji bagi tahap kecergasan kardiovaskular dan kuasa puncak kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi dan berbeza secara signifikan dengan skor dari kumpulan kawalan. Manakala skor pascauji bagi komposisi tubuh tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara kumpulan ekperimen dan kumpulan. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa latihan menggunakan tayar dan tali adalah latihan yang berintensiti tinggi dan berkesan untuk meningkatkan kecergasan kardiovaskular, kuasa puncak tetapi tidak berkesan untuk menurunkan peratus lemak badan dalam kalangan belia lelaki.</p> |
---|