Kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah melalui pelaksanaan aktiviti kesedaran fonologikal. Kajian ini berdasarkan tiga objektif utama iaitu mengenal pasti penguasaan kesedaran fonologikal kanak-kanak dalam kemahi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Az Zaharah Ismail
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=3121
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah melalui pelaksanaan aktiviti kesedaran fonologikal. Kajian ini berdasarkan tiga objektif utama iaitu mengenal pasti penguasaan kesedaran fonologikal kanak-kanak dalam kemahiran awal membaca, meninjau penerimaan kanak-kanak prasekolah terhadap aktiviti kesedaran fonologikal dan mengenal pasti pandangan guru terhadap kesedaran fonologikal dalam pembelajaran kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah. Kajian kualitatif berbentuk kajian kes ini melibatkan lapan orang kanak-kanak prasekolah berumur lima tahun dan seorang guru prasekolah. Kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian berstruktur dengan berpandukan senarai semak untuk mengenal pasti penguasaan kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah. Kaedah temu bual semi struktur digunakan bagi mendapatkan pandangan guru berkaitan kesedaran fonologikal dalam kemahiran awal membaca kanak-kanak melalui pelaksanaan aktiviti kesedaran fonologikal. Analisis dokumen digunakan untuk menyokong dan melengkapkan maklumat yang diperolehi melalui pemerhatian dan temu bual. Data dianalisis dalam bentuk deskriptif. Kajian ini turut menumpukan kepada empat komponen dalam kemahiran awal membaca iaitu perbendaharaan kata, fonik, kefahaman dan kelancaran. Dapatan kajian mendapati kanak-kanak mudah menguasai tugasan peringkat rhyme, ayat dan suku kata tetapi mereka mengalami kesukaran pada peringkat onset dan rima. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak memberi maklum balas positif terhadap aktiviti kesedaran fonologikal dan guru prasekolah berpandangan bahawa kesedaran fonologikal memberi kesan yang positif terhadap kemahiran awal membaca kanak-kanak di prasekolah. Implikasi kajian ini menunjukkan penguasaan kesedaran fonologikal dapat meningkatkan kemahiran awal membaca kanak-kanak prasekolah yang mengalami kesukaran membaca.